
X-Ray Di Klinik Medcare. Imej Jelas, Keputusan Pantas, Tiada Perlu Ke Hospital

Servis X-ray
Klinik Medcare dilengkapi dengan mesin X-Ray digital in-house. Anda tidak perlu dirujuk ke hospital atau pusat pengimejan lain untuk X-Ray asas. Laporan doktor sedia pada hari yang sama. Sesuai untuk keperluan klinikal, pemeriksaan OHD, pre-employment, seafarer dan keperluan industri.
X-Ray In-House | Laporan Hari Yang Sama | Untuk Klinikal & OHD | 9AM–10PM Setiap Hari

Jenis X-Ray Yang Boleh Dijalankan Di Klinik Medcare
🫁 1. X-Ray Dada (Chest X-Ray / CXR)
X-Ray dada adalah antara ujian pengimejan paling kerap diminta dalam perubatan dan ia adalah ujian yang paling penting dalam pemeriksaan OHD.
Apa yang boleh dilihat:
Paru-Paru:
Jangkitan paru-paru (pneumonia) - kelihatan sebagai kawasan putih atau kabur
Tuberkulosis (TB) aktif - tampalan putih, kaviti atau pemadatan
Penyakit paru-paru pekerjaan (pneumoconiosis, asbestosis, silicosis)
Kekanker paru-paru - nodul atau jisim
Emfisema - paru-paru kelihatan terlalu hitam dan besar
Cecair dalam rongga dada (pleural effusion)
Kolaps paru-paru (pneumothorax)
Bronkitis kronik - penebalan dinding bronkus
Jantung:
Saiz jantung — pembesaran jantung (cardiomegaly)
Bentuk jantung yang tidak normal
Kegagalan jantung kongestif (edema pulmonari)
Tulang & Struktur:
Patah tulang rusuk
Kelainan tulang belakang
Pelebaran mediastinum
Siapa yang wajib buat X-Ray Dada:
✔ Pemeriksaan PETRONAS Offshore & Onshore
✔ Pemeriksaan OGUK (Oil & Gas UK)
✔ Pemeriksaan Seafarer / Anak Kapal (MLC 2006)
✔ Pemeriksaan Ruang Terkurung (Confined Space)
✔ Pre-employment pelbagai industri
✔ Penilaian simptom batuk kronik, sesak nafas, sakit dada
✔ Skrining TB untuk pekerja makanan, hospital dan sekolah
🦴 2. X-Ray Anggota Badan (Extremities)
X-Ray untuk anggota badan atas dan bawah — salah satu keperluan klinikal paling kerap di klinik selepas kecederaan atau kemalangan.
Anggota Atas:
X-Ray jari, tangan dan pergelangan tangan
X-Ray siku (elbow)
X-Ray lengan (forearm, humerus)
X-Ray bahu (shoulder)
Anggota Bawah:
X-Ray jari kaki dan tapak kaki
X-Ray buku lali (ankle)
X-Ray betis (tibia, fibula)
X-Ray lutut (knee)
X-Ray paha (femur)
Apa yang boleh dilihat:
Patah tulang (fracture) - termasuk patah yang halus (hairline fracture)
Keretakan (crack)
Dislokasi sendi
Perubahan sendi akibat artritis
Pertumbuhan tulang yang tidak normal
Jangkitan tulang (osteomyelitis)
🦴 3. X-Ray Belakang & Tulang Belakang (Spine)
X-Ray tulang belakang untuk menilai keadaan vertebra, cakera intervertebra dan keseluruhan struktur tulang belakang.
Kawasan yang boleh diperiksa:
Tulang belakang serviks (leher) - C-spine
Tulang belakang torasik (dada) - T-spine
Tulang belakang lumbar (pinggang) - L-spine
Sakrum dan koksiks (bahagian bawah)
Apa yang boleh dilihat:
Cakera "slipped disc" (penyempitan ruang cakera)
Spondylosis (perubahan degeneratif)
Spondylolisthesis (gelinciran vertebra)
Patah tulang belakang
Kelengkungan tulang belakang (skoliosis, kifosis)
Osteofyt (pertumbuhan tulang tambahan)
Nota: Untuk diagnosis terperinci cakera, saraf dan tisu lembut tulang belakang, MRI adalah lebih sesuai. Doktor akan menilai dan merujuk jika perlu.
🦴 4. X-Ray Pelvis & Pinggul (Pelvis & Hip)
X-Ray kawasan pelvis dan sendi pinggul untuk menilai:
Patah tulang pelvis selepas kemalangan
Patah tulang pinggul (hip fracture) - terutama pada warga emas
Dislokasi pinggul
Osteoartritis pinggul
Displasia pinggul pada kanak-kanak



Love the dr here, explanation clear. Very helpful banyak dgr pandangan & dgr our issue as patient. Staff pun very friendly 🤗
Aisyah Zainul
makes me keep coming here because I like hearing explanations from doctors, good detail jugak, recomended.
Ridzuan Alias
★★★★★
★★★★★





5 Sebab Memilih X-Ray Di Klinik Medcare
⚡ 1. In-House - Tiada Masa Terbuang
Ini kelebihan terbesar. Banyak klinik swasta tidak mempunyai mesin X-Ray sendiri dan perlu merujuk pesakit ke pusat pengimejan berasingan. Di Klinik Medcare, X-Ray dijalankan dalam bangunan yang sama. Anda tidak perlu:
Keluar ke pusat pengimejan lain
Menunggu keputusan dari tempat lain
Datang balik keesokan hari untuk ambil laporan
📋 2. Laporan Doktor Pada Hari Yang Sama
Gambar X-Ray digital sedia dalam masa kurang 2 minit selepas pengambilan. Doktor boleh melihat dan mentafsir imej dengan segera - memberikan anda laporan dan keputusan pada hari yang sama tanpa perlu menunggu lama.
🎯 3. Konteks Klinikal Yang Lengkap
Apabila doktor yang memeriksa anda juga yang mentafsir X-Ray anda, tiada maklumat yang hilang dalam komunikasi. Doktor sudah tahu sejarah perubatan, simptom dan dapatan pemeriksaan fizikal anda - menjadikan tafsiran X-Ray lebih tepat dan bermakna.
🔒 4. Selamat & Dikawal Selia
Semua pemeriksaan X-Ray mesti dijustifikasikan. X-Ray tidak boleh dilakukan kecuali maklumat yang diperolehi berguna untuk pengurusan pesakit. Semua pendedahan sinaran hendaklah dikekalkan serendah mungkin yang boleh dicapai secara munasabah.
Klinik Medcare mematuhi prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable) - kami tidak menjalankan X-Ray yang tidak perlu dan sentiasa memastikan dos sinaran adalah minimum.
📁 5. Penyimpanan Digital & Mudah Dikongsi
Imej X-Ray digital disimpan dalam sistem elektronik dan boleh dicetak atau dikongsi mengikut keperluan pesakit — untuk rujukan doktor pakar, keperluan OHD atau dokumentasi insurans.



Bila Doktor Akan Mencadangkan X-Ray?
X-Ray hanya perlu dijalankan jika maklumat yang diperolehi akan berguna untuk pengurusan pesakit. Pengambilan sejarah klinikal dan pemeriksaan fizikal adalah langkah awal yang penting dalam penilaian mana-mana pesakit.
Berikut adalah situasi klinikal yang biasanya memerlukan X-Ray:
🤕 Kecederaan & Trauma
Jatuh dengan sakit atau bengkak pada anggota badan
Kemalangan jalan raya atau kemalangan kerja
Sakit yang tidak reda selepas beberapa hari
Bengkak, lebam atau deformiti yang mencurigakan
Kesakitan yang tidak berkadar dengan mekanisme kecederaan
Penting: X-Ray tidak menunjukkan kecederaan pada ligamen, tenden dan tisu lembut. Untuk kecederaan ini, ultrasound atau MRI lebih sesuai.
🫁 Simptom Paru-Paru & Dada
Batuk yang berlangsung lebih 3 minggu
Batuk berdarah (haemoptysis)
Sesak nafas yang baru bermula atau bertambah teruk
Sakit dada (selepas masalah jantung disingkirkan)
Demam dengan batuk berkahak (mengesyaki pneumonia)
Bunyi nafas tidak normal semasa pemeriksaan
Berdehit (wheezing) yang tidak bertindak balas kepada rawatan
🦠 Skrining Penyakit Berjangkit
Skrining TB untuk:
Pekerja makanan dan F&B
Pekerja hospital dan penjagaan kesihatan
Guru dan pekerja sekolah
Kontak rapat dengan pesakit TB yang disahkan
Pekerja asing sebagai syarat permit kerja
Pelajar masuk asrama atau institusi pengajian
💼 Keperluan OHD & Pekerjaan
Pemeriksaan PETRONAS (wajib)
Pemeriksaan OGUK (wajib)
Pemeriksaan Seafarer / MLC 2006 (wajib)
Pemeriksaan Ruang Terkurung (wajib)
Pre-employment pelbagai industri
Annual medical checkup industri berat
👴 Penilaian Arthritis & Penyakit Tulang
Sakit sendi yang kronik (lutut, pinggul, bahu, pergelangan)
Penilaian tahap kerosakan sendi pada artritis
Bengkak sendi yang berulang
Pemantauan perkembangan penyakit tulang





Proses Pengambilan X-Ray Di Klinik Medcare
Langkah 1 - Konsultasi & Permintaan Doktor
X-Ray hanya dilakukan atas arahan doktor selepas pemeriksaan klinikal. Doktor akan menentukan jenis X-Ray yang diperlukan, posisi yang sesuai dan kawasan yang perlu diperiksa berdasarkan simptom dan dapatan pemeriksaan fizikal anda.
Langkah 2 - Persediaan
Bergantung kepada jenis X-Ray:
X-Ray Dada: Tanggalkan pakaian bahagian atas, perhiasan dan bra berkawat. Pakai baju pesakit yang disediakan.
X-Ray Anggota Badan: Tanggalkan perhiasan atau aksesori di kawasan yang akan diperiksa.
X-Ray Umum: Pakaian dengan zip, butang logam atau bunga-bunga hiasan mungkin perlu ditanggalkan kerana boleh mengganggu imej.
Langkah 3 - Pengambilan Imej
Anda akan diposisikan dengan betul oleh staf klinik. Bergantung kepada jenis X-Ray:
X-Ray Dada: Berdiri atau duduk menghadap plat X-Ray. Tarik nafas penuh dan tahan nafas selama beberapa saat semasa gambar diambil.
X-Ray Anggota Badan: Bahagian yang ingin diperiksa diposisikan pada plat, kadangkala dari beberapa sudut berbeza.
Pengambilan imej mengambil masa kurang dari 30 saat - tetapi keseluruhan prosedur termasuk persediaan mungkin mengambil 5–10 minit.
Langkah 4 - Semakan & Laporan Doktor
Imej digital dipaparkan serta-merta pada skrin. Doktor akan menyemak imej dan memberikan laporan atau penerangan tentang dapatan. Untuk kes yang memerlukan pendapat pakar radiologi, gambar boleh dirujuk.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum X-Ray
Tidak Perlu Berpuasa:
Untuk kebanyakan jenis X-Ray, tiada keperluan berpuasa. Anda boleh makan dan minum seperti biasa sebelum prosedur.
Pakaian:
Pakai pakaian yang selesa dan mudah ditanggalkan
Elakkan pakaian dengan butang logam, zip besar atau aksesori logam
Tanggalkan rantai leher, anting-anting dan jam tangan sebelum masuk ke bilik X-Ray
Beritahu Doktor/Staf Klinik Jika:
✋ Anda hamil atau mengesyaki hamil
✋ Anda baru menjalani X-Ray dalam tempoh 1–3 bulan lepas (bawa filem lama)
✋ Anda mempunyai alat perubatan implant (pacemaker, pin tulang, implan logam)
✋ Anda mengalami kesukaran untuk berdiri atau mengambil posisi tertentu
Untuk X-Ray Dada:
Tarik nafas penuh dan tahan apabila diarahkan, ini membantu paru-paru kelihatan sepenuhnya dan menghasilkan imej yang lebih jelas.

FAQ - Servis X-Ray Klinik Medcare
Bolehkah saya minta X-Ray tanpa arahan doktor?
Tidak. X-Ray adalah prosedur perubatan yang memerlukan justifikasi klinikal dan hanya boleh dilakukan atas arahan doktor. Ini bukan sekadar prosedur klinik , ia adalah keperluan undang-undang dan etika perubatan untuk memastikan anda tidak terdedah kepada sinaran yang tidak perlu.
Berapa lama untuk dapatkan keputusan X-Ray?
Imej digital sedia dalam masa kurang 2 minit. Doktor akan menyemak imej dan memberikan laporan pada hari yang sama, biasanya dalam masa 30 minit dari pengambilan imej.
Adakah saya perlu bayar berasingan untuk X-Ray?
Ya. X-Ray dikenakan bayaran berasingan dari bayaran konsultasi. Untuk penerima Skim Perubatan MADANI, semak sama ada X-Ray termasuk dalam had manfaat lawatan anda. Untuk pemeriksaan OHD, kos X-Ray biasanya termasuk dalam pakej pemeriksaan.
Bolehkah saya dapatkan salinan filem atau imej X-Ray saya?
Ya. Anda berhak mendapatkan salinan imej X-Ray anda. Salinan digital boleh disediakan dalam CD atau dihantar secara digital. Salinan cetakan juga tersedia atas permintaan.
Saya baru buat X-Ray 3 bulan lepas. Perlu buat lagi untuk pemeriksaan OHD?
Bergantung kepada jenis pemeriksaan OHD dan kualiti X-Ray lama. Bawa filem atau salinan X-Ray tersebut untuk dinilai oleh doktor OHD. Untuk kebanyakan kes, X-Ray yang diambil dalam tempoh 6 bulan masih diterima , tetapi keputusan muktamad adalah dengan doktor OHD mengikut keperluan tapak atau badan berkenaan.
Adakah X-Ray menyebabkan sakit?
Tidak sama sekali. Prosedur X-Ray adalah tidak invasif sepenuhnya. Anda tidak akan merasakan apa-apa semasa sinaran X dilepaskan. Satu-satunya ketidakselesaan mungkin adalah perlu kekal diam dan menahan nafas selama beberapa saat.
Saya perlu X-Ray untuk kecederaan sukan. Boleh datang tanpa temujanji?
Ya, walk-in diterima. Doktor akan memeriksa anda terlebih dahulu dan menentukan sama ada X-Ray diperlukan berdasarkan pemeriksaan klinikal.
Apakah perbezaan X-Ray, ultrasound, CT scan dan MRI?
X-Ray adalah terbaik untuk melihat tulang, jantung dan paru-paru dengan cepat dan berkesan. Ultrasound digunakan untuk organ abdomen, saluran darah dan kandungan. CT Scan memberikan gambaran lebih terperinci dalam 3D. MRI adalah terbaik untuk tisu lembut, saraf, otak dan cakera tulang belakang. Doktor akan menentukan modaliti mana yang paling sesuai untuk keadaan anda.

Kenali Dr Asyraf dari Klinik Medcare!
Dr. Asyraf merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan(MD) dari Universiti Malaysia Sabah(UMS). Selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan House Officer(HO) dan setrusnya berkhidmat sebagai Medical Officer(MO) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan pelbagai masalah di dalam Jabatan Kecemasan.
Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai doktor dapat mengenali dan diagnosis pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan. Dr Asyraf berminat dalam bidang sukan dan mengamalkan Perubatan Sukan dalam rawatan sakit sendi dan pemulihan fungsi. Doktor Asyraf mengetuai Klinik Medcare pada tahun 2023.
Pada 2025, Dr Asyraf berjaya menjalani program Perubatan Estetik dari program Malaysian Esthetic Certification (MAC) dan Doktor Kesihatan Pekerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(DOSH)pada tahun 2026. Kini Dr Asyraf menguruskan isu kesihatan lelaki, estetik dan regeneratif.

