Pemeriksaan Kesihatan Pekerjaan

Tepat. Cepat. Dipercayai.

Doktor Kesihatan Pekerjaan Bertauliah DOSH

Klinik Medcare Kota Masai menyediakan perkhidmatan OHD bertauliah untuk industri minyak & gas, pembinaan, pembuatan dan sektor korporat di seluruh Johor.

DOSH Bertauliah | 7+ Jenis Pemeriksaan | 4 Cawangan Johor | 9AM–10PM Setiap Hari

Mengapa Pemeriksaan OHD Diperlukan?

⚖️ Pematuhan Undang-Undang
Dikehendaki oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 dan dikawal selia oleh DOSH Malaysia.

🏭 Keperluan Industri
PETRONAS, OGUK, RAPID Pengerang dan kontraktor utama mensyaratkan pemeriksaan OHD bertauliah sebelum memasuki tapak kerja.

🛡️ Perlindungan Pekerja
Mengenal pasti risiko kesihatan awal sebelum berlakunya kemalangan atau penyakit pekerjaan yang boleh mengakibatkan kerugian besar.

📋 Dokumentasi Rasmi
Sijil OHD diakui oleh agensi kerajaan, syarikat minyak antarabangsa dan badan-badan pensijilan industri.

Servis OHD Di Klinik Medcare

Semua pemeriksaan dijalankan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bertauliah DOSH dengan kemudahan in-house — tanpa perlu pergi ke klinik lain.

an abstract photo of a curved building with a blue sky in the background

Love the dr here, explanation clear. Very helpful banyak dgr pandangan & dgr our issue as patient. Staff pun very friendly 🤗

Aisyah Zainul

makes me keep coming here because I like hearing explanations from doctors, good detail jugak, recomended.

Ridzuan Alias

★★★★★
★★★★★
1. Pemeriksaan Perubatan Anak Kapal (Seafarer Medical Checkup)

Pemeriksaan perubatan wajib untuk anak kapal (seafarer) yang berkhidmat di atas kapal laut komersial, termasuk kapal kargo, kapal tanker dan kapal penumpang. Dijalankan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Maritime Labour Convention (MLC 2006).

Yang termasuk dalam pemeriksaan ini:
✔ Pemeriksaan fizikal menyeluruh
✔ Ujian penglihatan (termasuk buta warna)
✔ Ujian pendengaran (audiometri)
✔ Ujian darah lengkap & urin
✔ X-Ray Dada
✔ ECG (jika berumur ≥40 tahun atau mengikut keperluan)
✔ Sijil Kesihatan Anak Kapal (ENG1 / ML-6 / MLC 2006)D

2. Latihan HRDC – Pengurusan Risiko Psikosial Di Tempat Kerja (PRisMA)

Program latihan 2 hari bertauliah HRD Corp yang membantu organisasi mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko psikosial di tempat kerja mengikut rangka kerja PRisMA (Psychosocial Risk Management) yang diiktiraf oleh DOSH Malaysia.

Siapa yang patut hadir?
✔ Pengurus HR & Pegawai Keselamatan (SHO)
✔ Penyelia & pengurus barisan hadapan
✔ Ahli Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan (JKKP)
✔ Mana-mana individu yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan peker

5. Pemeriksaan Perubatan Penyelam (Medical Exam Diver)

Penyelam profesional perlu menjalani pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya setahun sekali atau selepas cedera/penyakit berkaitan menyelam.

Yang termasuk dalam pemeriksaan ini:
✔ Pemeriksaan kesihatan menyeluruh
✔ Ujian fungsi paru-paru (spirometri)
✔ Pemeriksaan telinga, hidung & tekak (ENT)
✔ Ujian penglihatan
✔ Penilaian kecergasan kardiovaskular

6.Pemeriksaan Pra-Perkhidmatan & Tahunan (Pre-Employment / Annual)

Pemeriksaan asas untuk pekerja baru dan semakan tahunan kesihatan pekerjaan untuk semua jenis industri dan pejabat.

Yang termasuk dalam pemeriksaan ini:
✔ Pemeriksaan fizikal umum
✔ Ujian darah asas
✔ Ujian urin
✔ X-Ray Dada (jika perlu)
✔ Laporan perubatan untuk majikan

7. Ujian Urin & (Urine Drug Test)

Ujian dadah dan alkohol secara spot check atau berkala untuk syarikat yang perlu mematuhi dasar bebas dadah tempat kerja.

Yang termasuk dalam pemeriksaan ini:
✔ Ujian dadah (5-panel / 10-panel)
✔ Ujian alkohol nafas (breathalyzer)
✔ Boleh dijalankan on-site di premis syarikat
✔ Keputusan pantas & laporan rasmi

8. Pemeriksaan Perubatan Pelajar (Student Medical Checkup)

Untuk kemasukan universiti, kolej, program vokasional dan sekolah di Malaysia yang memerlukan sijil kesihatan pelajar.

Yang termasuk dalam pemeriksaan ini:
✔ Pemeriksaan fizikal umum
✔ Ujian penglihatan & pendengaran
✔ Ujian darah (jika perlu)
✔ Ujian urin asas
✔ Sijil kesihatan pelajar rasmi

3. RAPID Pengerang – SHO / SSS / Scaffold / Crane Operator

Pemeriksaan khusus untuk pekerja di kawasan RAPID Pengerang, termasuk Safety and Health Officer (SHO), Scaffolding dan Crane Operator.

Yang termasuk dalam pemeriksaan ini:
✔ Pemeriksaan kesihatan umum & fizikal
✔ Ujian penglihatan & kedalaman warna
✔ Ujian pendengaran (audiometri)
✔ Ujian dadah wajib
✔ Dokumentasi untuk pihak RAPID

4. Pemeriksaan Perubatan Ruang Terkurung (Confined Space)

Wajib untuk pekerja yang memasuki ruang terkurung seperti tangki, paip besar, ruang bawah tanah dan kawasan terhad di tapak industri.

Yang termasuk dalam pemeriksaan ini:
✔ Penilaian kecergasan fizikal dan mental
✔ Pemeriksaan pernafasan & paru-paru
✔ Ujian jantung (ECG jika perlu)
✔ Penilaian klaustrofobia & ketinggian
✔ Sijil fit-to-work untuk confined space

Bagaimana Proses OHD Di Klinik Medcare?

Kami memahami masa anda berharga. Proses kami direka untuk menjadi pantas, selesa dan tanpa kerumitan.

Langkah 1 — Tempah Temujanji
Hubungi kami melalui WhatsApp atau telefon. Maklumkan jenis pemeriksaan yang diperlukan dan nama majikan anda. Kami akan konfirmasi slot yang sesuai.
WhatsApp | Panggilan Telefon | Walk-in diterima

Langkah 2 — Pendaftaran & Peperiksaan
Tiba di klinik dengan dokumen berkaitan. Pesakit akan didaftarkan dan menjalani pemeriksaan oleh OHD bertauliah. Semua ujian dijalankan in-house.
X-Ray in-house | Lab in-house | ECG in-house | Audiometri in-house

Langkah 3 — Keputusan & Sijil
Keputusan ujian darah biasanya siap dalam 1–2 hari bekerja. Sijil OHD rasmi akan dikeluarkan oleh doktor bertauliah setelah semua keputusan diterima.
Laporan Rasmi | Sijil Fit-to-Work | Dokumentasi Majikan

Semua Di Onsite

Anda tidak perlu ke pelbagai tempat. Semua ujian dan pemeriksaan boleh dilakukan di dengan kami.
✔ Ujian darah & urin
✔ Mesin Audiometri
✔ Mesin Spirometri
✔ Mesin ECG
✔ Ujian Dadah (Drug Test)
✔ OHD Bertauliah DOSH
✔ Perkhidmatan On-Site tersedia

FAQ – Soalan Yang Sering Ditanya

Adakah saya perlu berpuasa sebelum pemeriksaan OHD?
Ya, bagi ujian darah yang melibatkan gula darah berpuasa dan profil lipid, anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum datang. Boleh minum air kosong.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk satu sesi pemeriksaan?
Bagi pemeriksaan standard, keseluruhan sesi mengambil masa 1–2 jam bergantung kepada jenis pemeriksaan. Dengan temujanji, masa menunggu lebih singkat.

Adakah Klinik Medcare boleh buat pemeriksaan secara berkumpulan di tapak syarikat?
Ya! Kami menyediakan perkhidmatan on-site medical checkup untuk syarikat yang memerlukan pemeriksaan berkumpulan. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga dan jadual yang sesuai.

Dokumen apa yang perlu dibawa semasa datang?
Sila bawa kad pengenalan (MyKad), surat pengesahan daripada majikan atau nombor pekerja (jika berkenaan), dan sebarang laporan perubatan terdahulu yang berkaitan.

Berapa lama untuk dapat keputusan dan sijil?
Keputusan ujian darah biasanya siap dalam 1–2 hari bekerja. Sijil OHD rasmi akan dikeluarkan setelah semua keputusan dianalisis oleh doktor.

Adakah pemeriksaan ini selamat untuk pekerja yang sedang sakit?
Jika anda tidak sihat, adalah lebih baik mendapatkan rawatan dahulu sebelum menjalani pemeriksaan OHD, terutamanya ujian spirometri.

Kenali Dr Asyraf dari Klinik Medcare!

Dr. Asyraf merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan(MD) dari Universiti Malaysia Sabah(UMS). Selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan House Officer(HO) dan setrusnya berkhidmat sebagai Medical Officer(MO) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan pelbagai masalah di dalam Jabatan Kecemasan.

Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai doktor dapat mengenali dan diagnosis pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan. Dr Asyraf berminat dalam bidang sukan dan mengamalkan Perubatan Sukan dalam rawatan sakit sendi dan pemulihan fungsi. Doktor Asyraf mengetuai Klinik Medcare pada tahun 2023.

Pada 2025, Dr Asyraf berjaya menjalani program Perubatan Estetik dari program Malaysian Esthetic Certification (MAC) dan Doktor Kesihatan Pekerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(DOSH)pada tahun 2026. Kini Dr Asyraf menguruskan isu kesihatan lelaki, estetic dan regeneratif.

Hubungi kami

operation.medcare@gmail.com

+6011-10749404

© 2026. All rights reserved.

Waktu Operasi :
9AM - 10PM setiap hari
Media Social