Pemeriksaan Pra-Perkhidmatan & Tahunan

Pemeriksaan Perubatan Sebelum Bekerja & Pemeriksaan Tahunan. Pantas, Lengkap, Laporan Rasmi

Sama ada anda pekerja baru yang perlu sijil kesihatan, syarikat yang menguruskan pemeriksaan tahunan pekerja, atau individu yang ingin tahu status kesihatan sebelum memulakan kerjaya baharu. Klinik Medcare sedia membantu. Semua ujian in-house. Laporan rasmi dikeluarkan oleh doktor pada hari yang sama atau keesokan harinya.

Semua Ujian In-House | Laporan Sama Hari | OHD Bertauliah DOSH | 9AM–10PM Setiap Hari

Adakah Pemeriksaan Ini Wajib Di Sisi Undang-Undang Malaysia?

Jawapannya bergantung kepada jenis pekerjaan dan sektor industri. Berikut adalah gambaran lengkap:

⚖️ OSHA 1994 (Pindaan 2022) — Berkuat Kuasa 1 Jun 2024

Pindaan 2022 membawa perubahan ketara kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 termasuk peluasan skop OSHA kepada semua tempat kerja, kewajipan baru ke atas prinsipal, majikan dan orang bekerja sendiri, dan penalti yang dipertingkatkan untuk majikan yang ingkar.

Di bawah Seksyen 15 OSHA 1994, majikan bertanggungjawab memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja — yang secara tersirat merangkumi pemantauan kesihatan berkala untuk pekerjaan berisiko.

⚗️ Peraturan USECHH 2000 — Wajib Untuk Pendedahan Kimia

Di bawah Peraturan USECHH 2000, pengawasan kesihatan (medical surveillance) adalah berdasarkan Chemical Health Risk Assessment (CHRA). Pengawasan perubatan yang dijalankan di bawah Peraturan USECHH mesti dikendalikan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD).

Tujuan utama pengawasan perubatan adalah untuk melindungi dan mempromosikan kesihatan pekerja dengan mengenal pasti risiko berpotensi dan melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko tersebut secara berkesan.

Kos pengawasan perubatan adalah tanggungjawab majikan. Pekerja tidak seharusnya dikenakan bayaran untuk pemeriksaan yang diwajibkan secara undang-undang akibat pendedahan di tempat kerja mereka.

👂 Peraturan Pendedahan Bunyi Bising Pekerjaan 2019

Majikan yang premisnya mempunyai tahap bunyi melebihi 85dB wajib menjalankan audiometri secara berkala untuk semua pekerja terdedah sebagai sebahagian daripada Hearing Conservation Programme (HCP).

🏥 Sektor Wajib Pemeriksaan Pra-Perkhidmatan

Beberapa sektor mewajibkan pemeriksaan pra-perkhidmatan secara spesifik:

  • Pekerja makanan & F&B - skrining TB dan penyakit berjangkit wajib

  • Tenaga pengajar & pekerja sekolah - syarat KPM dan JPNS

  • Pelajar universiti & kolej - syarat kemasukan institusi pengajian tinggi

  • Pembantu rumah asing - keperluan imigresen Malaysia

  • Pekerja asing (permit kerja) - syarat FOMEMA / keperluan JTKSM

an abstract photo of a curved building with a blue sky in the background

Love the dr here, explanation clear. Very helpful banyak dgr pandangan & dgr our issue as patient. Staff pun very friendly 🤗

Aisyah Zainul

makes me keep coming here because I like hearing explanations from doctors, good detail jugak, recomended.

Ridzuan Alias

★★★★★
★★★★★

📦 Pakej Asas — Pre-Employment Standard

Sesuai untuk: Kerja pejabat, perkhidmatan, peruncitan, F&B, pekerja am

Kandungan:
✔ Pemeriksaan fizikal umum oleh doktor
✔ Pengukuran tanda vital (BP, nadi, BMI, suhu)
✔ Ujian urin asas (FEME)
✔ Laporan perubatan untuk majikan
✔ Sijil kesihatan fit-to-work

Masa: 30–45 minit
Keputusan: Hari yang sama

📦 Pakej B — Pre-Employment Standard + Ujian Darah

Sesuai untuk: Kebanyakan kerja sektor swasta, hospital, sekolah, bank, syarikat korporat

Kandungan:
✔ Semua dalam Pakej Asas
✔ Ujian darah lengkap (FBC)
✔ Gula darah berpuasa
✔ Profil buah pinggang & hati
✔ Ujian urin FEME

Masa: 1–1.5 jam
Keputusan ujian darah: 1–2 hari bekerja
Nota: Berpuasa 8 jam sebelum datang

📦 Pakej C — Pre-Employment Komprehensif

Sesuai untuk: Industri pembuatan, logistik, pembinaan, utiliti, pekerja operasi

Kandungan:
✔ Semua dalam Pakej B
✔ X-Ray dada
✔ ECG (jantung)
✔ Ujian penglihatan asas
✔ Profil lipid (kolesterol)
✔ Profil urik asid

Masa: 1.5–2 jam
Keputusan: 1–2 hari bekerja

📦 Pakej D — Annual Medical Checkup Industri

Sesuai untuk: Pemeriksaan tahunan pekerja industri, minyak & gas, pembinaan, tapak kerja berisiko

Kandungan:
✔ Pemeriksaan fizikal menyeluruh oleh OHD bertauliah DOSH
✔ Ujian darah lengkap (FBC, gula, lipid, buah pinggang, hati, asid urik)
✔ Ujian urin FEME
✔ X-Ray dada
✔ ECG
✔ Ujian pendengaran (audiometri)
✔ Ujian fungsi paru-paru (spirometri)
✔ Laporan OHD rasmi untuk majikan & arkib DOSH

Masa: 2–3 jam
Keputusan: 1–2 hari bekerja

📦 Pakej E — Medical Surveillance USECHH

Sesuai untuk: Kilang kimia, industri cat & pelarut, farmasi, loji pembuatan dengan pendedahan bahan kimia berbahaya

Kandungan:
✔ Semua mengikut keperluan CHRA syarikat
✔ Ujian biologi spesifik mengikut bahan kimia terdedah (contoh: ujian plumbum dalam darah, fungsi hati untuk pelarut organik)
✔ Penilaian simptom penyakit pekerjaan
✔ Laporan pengawasan perubatan USECHH (format DOSH)
✔ Rekod dalam Employee Health Record Book

Rekod pengawasan perubatan perlu disimpan selama 30 tahun mengikut Peraturan 27(4) USECHH 2000. Klinik Bukit Serdang

📦 Pakej F — Skrining Makanan & F&B (Food Handler Checkup)

Sesuai untuk: Pekerja restoran, kantin, pengendali makanan, pekerja hotel, industri pemprosesan makanan

Kandungan:
✔ Pemeriksaan fizikal umum
✔ Ujian TB (X-Ray dada)
✔ Ujian urin & najis (jika diperlukan)
✔ Skrining penyakit berjangkit
✔ Sijil kesihatan pengendali makanan

Pemeriksaan Lengkap

1. 📋 Semakan Sejarah Perubatan (Medical History)

2. 🩺 Pemeriksaan Fizikal Menyeluruh

3. 👁️ Ujian Penglihatan (Vision Test) — STCW Standard

4. 👂 Ujian Pendengaran (Hearing Test)

5. 💓 ECG (Elektrokardiogram)

6. 🫁 Spirometri (Lung Function Test)

7. 💉 Ujian Darah Lengkap

8. 🚽 Ujian Urin (Urinalysis)

9. 🩻 X-Ray Dada

10. 🧪 Ujian Dadah (Atas Permintaan Syarikat Perkapalan)

Kenapa Pemeriksaan Baseline Adalah Pelaburan, Bukan Kos

Tujuan pengawasan perubatan adalah untuk pengesanan awal keadaan yang mungkin membawa risiko kesan kesihatan buruk yang lebih tinggi berkaitan tugas yang dilaksanakan.

Apabila pekerja menjalani pemeriksaan pra-perkhidmatan pada hari pertama bekerja, majikan mendapat sesuatu yang berharga - rekod asas kesihatan yang dapat digunakan sebagai rujukan selama pekerja tersebut berkhidmat.

Tanpa rekod baseline, syarikat anda terdedah kepada:

Tuntutan pampasan yang tidak dapat disahkan - jika pekerja mendakwa penyakit atau kecederaan berpunca dari kerja, tanpa rekod pra-perkhidmatan, syarikat sukar membuktikan keadaan itu sudah wujud sebelum mula bekerja.

Audit DOSH yang lemah - rekod pengawasan perubatan yang lengkap memberikan data tentang tahap pendedahan dan risiko kesihatan di tempat kerja, membolehkan organisasi melaksanakan langkah kawalan dan protokol keselamatan yang berkesan.

Tuntutan SOCSO yang lebih besar - syarikat dengan rekod kesihatan pekerja yang lengkap berada dalam kedudukan lebih kuat semasa proses tuntutan penyakit pekerjaan.

Dengan rekod baseline yang baik, majikan boleh:
✔ Membuktikan keadaan kesihatan pekerja semasa mula bekerja
✔ Mengesan perubahan kesihatan yang berkaitan dengan pendedahan pekerjaan
✔ Merancang penempatan pekerja dengan lebih bijak
✔ Melindungi syarikat dari liabiliti yang tidak berasas

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Datang

Berpuasa (jika ujian darah berpuasa diperlukan):
Puasa minimum 8 jam. Boleh minum air kosong sahaja. Elakkan kopi, teh bergula, jus dan minuman manis.

Sebelum Spirometri (jika berkaitan):
Jangan merokok 4 jam sebelum. Jangan bersenam berat 30 minit sebelum. Jangan makan berat 2 jam sebelum.

Sebelum Audiometri (jika berkaitan):
Elakkan terdedah kepada bunyi kuat (kilang, muzik kuat, headphone) sekurang-kurangnya 14 jam sebelum ujian.

Dokumen Yang Perlu Dibawa:
✔ Kad Pengenalan (MyKad) atau Passport
✔ Surat pengesahan dari majikan (jika ada)
✔ Senarai ubat-ubatan yang sedang diambil
✔ Rekod perubatan terdahulu yang relevan (jika ada)
✔ Filem X-Ray terbaru (jika ada dalam 6 bulan lepas)

Beritahu Doktor Jika:

  • Anda menghidap penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, penyakit jantung)

  • Anda sedang hamil atau mengesyaki hamil

  • Anda mempunyai alahan kepada ubat tertentu

  • Anda pernah menjalani pembedahan besar

  • Anda sedang mengambil ubat pengencer darah atau ubat penenang

FAQ - Pemeriksaan Pra-Perkhidmatan & Tahunan

Adakah pemeriksaan pra-perkhidmatan wajib di Malaysia?
Pemeriksaan pra-perkhidmatan tidak diwajibkan oleh undang-undang untuk setiap pekerjaan di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia adalah amalan terbaik yang melindungi majikan dan pekerja. Untuk sektor tertentu seperti makanan, hospital dan industri berisiko tinggi, ia mungkin diwajibkan oleh peraturan industri atau keperluan badan berkaitan. Hubungi kami jika anda tidak pasti keperluan untuk sektor anda.

Berapa lama keputusan dan laporan sedia?
Ujian fizikal, ECG, spirometri dan audiometri, keputusan pada hari yang sama. Ujian darah berpuasa, 1–2 hari bekerja. Laporan lengkap dan sijil fit-to-work, 1–2 hari bekerja selepas semua keputusan diterima.

Bolehkah pekerja buat pemeriksaan tanpa surat dari majikan?
Ya. Walk-in diterima. Pekerja boleh datang sendiri dan laporan akan dikeluarkan kepada pekerja untuk diserahkan kepada majikan. Walau bagaimanapun, jika majikan mempunyai format borang atau panel klinik khusus, sila semak dahulu dengan HR.

Kami ada 50 pekerja perlu diperiksa dalam masa 2 minggu. Boleh?
Ya. Kami menyediakan slot khas berkumpulan di klinik atau perkhidmatan on-site di premis syarikat. Hubungi kami segera untuk merancang jadual yang sesuai.

Adakah laporan kami adalah rahsia?
Ya. Semua rekod perubatan adalah sulit dan hanya boleh dikongsi dengan kebenaran bertulis pekerja, kecuali maklumat kecergasan am (fit/unfit) yang boleh dimaklumkan kepada majikan mengikut skop pemeriksaan yang diminta.

Saya ada kencing manis. Adakah ini akan menjejaskan keputusan saya?
Tidak semestinya. Kencing manis yang terkawal dengan baik biasanya tidak menghalang kelulusan pemeriksaan pra-perkhidmatan untuk kebanyakan pekerjaan. Doktor akan menilai mengikut tahap kawalan dan jenis tugas. Bawa rekod pemantauan gula darah dan senarai ubat semasa datang.

Adakah pemeriksaan ini sama dengan pemeriksaan PETRONAS atau RAPID?
Tidak. Pemeriksaan pra-perkhidmatan standard adalah pemeriksaan umum untuk kebanyakan pekerjaan. PETRONAS, RAPID, OGUK, Seafarer dan Ruang Terkurung masing-masing mempunyai protokol pemeriksaan khusus yang lebih komprehensif. Rujuk halaman servis khusus kami untuk maklumat lanjut.

Saya perlukan sijil dalam masa 24 jam. Boleh?
Bergantung kepada jenis pakej. Untuk Pakej Asas tanpa ujian darah berpuasa, sijil boleh siap pada hari yang sama. Untuk pakej yang melibatkan ujian darah, keputusan makmal mengambil masa minimum 1 hari bekerja. Hubungi kami awal pagi untuk kami uruskan dengan segera.

Kenali Dr Asyraf dari Klinik Medcare!

Dr. Asyraf merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan(MD) dari Universiti Malaysia Sabah(UMS). Selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan House Officer(HO) dan setrusnya berkhidmat sebagai Medical Officer(MO) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan pelbagai masalah di dalam Jabatan Kecemasan.

Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai doktor dapat mengenali dan diagnosis pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan. Dr Asyraf berminat dalam bidang sukan dan mengamalkan Perubatan Sukan dalam rawatan sakit sendi dan pemulihan fungsi. Doktor Asyraf mengetuai Klinik Medcare pada tahun 2023.

Pada 2025, Dr Asyraf berjaya menjalani program Perubatan Estetik dari program Malaysian Esthetic Certification (MAC) dan Doktor Kesihatan Pekerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(DOSH)pada tahun 2026. Kini Dr Asyraf menguruskan isu kesihatan lelaki, estetik dan regeneratif.

Hubungi kami

operation.medcare@gmail.com

+6011-10749404

© 2026. All rights reserved.

Waktu Operasi :
9AM - 10PM setiap hari
Media Social