
Bayangkan Saat Anda Mendengar Gelaran "Mama" & "Papa"

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Peluang.
Di Klinik Medcare, iltizam kami adalah membantu lebih ramai pasangan merealisasikan impian untuk menimang cahaya mata melalui pemeriksaan menyeluruh, rawatan berasaskan bukti saintifik dan pendekatan yang diperibadikan.

Mengapa Ramai Pasangan Masih Sukar Mendapat Zuriat?
Kehamilan bukan hanya bergantung kepada wanita.
Hampir 40-50% masalah kesuburan melibatkan faktor lelaki, manakala selebihnya melibatkan wanita atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, rawatan kesuburan tidak sepatutnya tertumpu kepada seorang pasangan sahaja, tetapi perlu melihat kedua-duanya secara menyeluruh.
Malangnya, ramai pasangan hanya mencuba pelbagai suplemen atau petua tanpa mengetahui punca sebenar.
Ada yang mengalami:
Gangguan ovulasi
Kualiti sperma yang rendah
Saluran fallopio tersumbat
Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Endometriosis
Masalah hormon
Faktor umur
Gaya hidup
Tanpa diagnosis yang tepat, rawatan mungkin mengambil masa lebih lama dan kos yang lebih tinggi.
Di Klinik Medcare, kami percaya setiap pasangan mempunyai kisah yang berbeza.
Rawatan kesuburan perlu bermula dengan mengenal pasti punca sebenar, sebelum memilih rawatan yang paling sesuai berdasarkan bukti saintifik.


Kesuburan Bukan Sekadar Tentang Mendapat Hamil
Ia memberi kesan kepada:
Emosi pasangan
Hubungan suami isteri
Keyakinan diri
Perancangan keluarga
Tekanan daripada ahli keluarga
Kualiti hidup
Kami memahami perjalanan ini bukan mudah.
Sebab itu kami mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan anda.

Kenapa Saya Sukar Mendapat Zuriat?
Antara punca yang paling kerap ialah:
1. Gangguan Ovulasi
Ovulasi tidak berlaku secara konsisten menyebabkan telur tidak dilepaskan.
2. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Punca utama haid tidak teratur dan sukar hamil dalam wanita muda.
3. Endometriosis
Tisu yang menyerupai lapisan rahim tumbuh di luar rahim dan boleh menjejaskan kesuburan.


4. Kualiti Sperma Rendah
Bilangan sperma sedikit, pergerakan lemah atau bentuk sperma tidak normal.
5. Gangguan Hormon
Masalah hormon tiroid, prolaktin atau hormon reproduktif boleh mengganggu proses kehamilan.
6. Faktor Umur
Kesuburan wanita mula menurun dengan lebih ketara selepas usia 35 tahun.
7. Saluran Fallopio Tersumbat
Menghalang pertemuan sperma dan ovum.
8. Gaya Hidup
Obesiti, merokok, diabetes yang tidak terkawal, kurang tidur dan tekanan kronik boleh mengurangkan peluang kehamilan.

Saya Dalam Kategori Mana?
Jawab beberapa soalan mudah:
Berapa umur anda?
Berapa lama sudah berkahwin?
Berapa lama mencuba untuk hamil?
Adakah haid teratur?
Pernah mengandung sebelum ini?
Pernah mengalami keguguran?
Pernah menjalani rawatan kesuburan?
Pasangan pernah membuat ujian sperma?
Jawapan ini membantu doktor memilih pemeriksaan yang paling sesuai.





Perjalanan Mendapatkan Zuriat Bermula Di Sini
Di Klinik Medcare, rawatan kami melalui 3 fasa utama.
Fasa 1 – Kenal Pasti Punca
Rawatan yang baik bermula dengan diagnosis yang tepat.
Antara pemeriksaan yang mungkin dicadangkan:
Konsultasi kesuburan pasangan
Ultrasound pelvis
Ujian hormon wanita
Analisis sperma
Pemeriksaan ovulasi
Pemeriksaan penyakit kronik
Penilaian gaya hidup
Fasa 2 – Mengoptimumkan Kesuburan
Sebelum kehamilan berlaku, badan perlu berada dalam keadaan optimum.
Rawatan mungkin merangkumi:
Pengurusan berat badan
Nutrisi kesuburan
Rawatan hormon
Rawatan PCOS
Suplemen yang berasaskan bukti
Pengurusan penyakit kronik
Nasihat gaya hidup
Fasa 3 – Membantu Kehamilan Berlaku
Bergantung kepada diagnosis, doktor akan merancang rawatan yang sesuai seperti:
Pemantauan ovulasi
Induksi ovulasi
Rawatan hormon
Inseminasi Intrauterin (IUI) melalui pusat kesuburan yang bekerjasama (jika sesuai)
Rujukan IVF kepada pakar kesuburan apabila diperlukan
Matlamat kami ialah memastikan setiap pasangan menerima rawatan yang tepat mengikut keadaan masing-masing.

Antara Perkhidmatan Fertility Klinik Medcare
✔ Konsultasi Kesuburan Pasangan
✔ Ultrasound Ginekologi
✔ Pemeriksaan Hormon Kesuburan
✔ Pemeriksaan PCOS
✔ Analisis Sperma
✔ Pemantauan Ovulasi
✔ Rawatan Gangguan Haid
✔ Rawatan PCOS
✔ Kaunseling Pra-Kehamilan
✔ Rujukan kepada Pakar Fertility jika diperlukan
Soalan Lazim (FAQ)
Bilakah saya perlu mendapatkan pemeriksaan fertility?
Jika berumur bawah 35 tahun dan gagal hamil selepas 12 bulan mencuba secara tetap.Jika berumur 35 tahun ke atas, disarankan mendapatkan pemeriksaan selepas 6 bulan mencuba.
Adakah lelaki perlu diperiksa?
Ya. Analisis sperma merupakan antara ujian paling penting kerana faktor lelaki menyumbang kepada hampir separuh daripada kes ketidaksuburan pasangan.
Adakah semua pasangan perlu IVF?
Tidak .Ramai pasangan berjaya hamil melalui perubahan gaya hidup, rawatan hormon, rawatan ovulasi atau rawatan masalah perubatan tanpa perlu IVF.
Berapa lama rawatan fertility mengambil masa?
Ia bergantung kepada umur, diagnosis dan tindak balas terhadap rawatan.
Sesetengah pasangan berjaya hamil dalam beberapa bulan, manakala ada yang memerlukan rawatan lanjutan.
Adakah rawatan fertility selamat?
Ya, apabila dijalankan oleh doktor yang berkelayakan dan berdasarkan garis panduan perubatan semasa