Kami Datang Ke Tempat Anda — Perkhidmatan OHD On-Site Di Premis Syarikat

Perkhidmatan Khas Untuk Syarikat & Industri

Klinik Medcare menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pekerjaan terus di premis syarikat anda. Pekerja tidak perlu keluar dari tapak kerja. Doktor OHD bertauliah DOSH dan pasukan kami yang akan datang kepada anda — lengkap dengan peralatan mudah alih untuk menjalankan ujian di tapak.

OHD Bertauliah DOSH | Peralatan Mudah Alih | Seluruh Johor | Laporan Rasmi Dikeluarkan

Kenapa Syarikat Memilih Perkhidmatan OHD On-Site?

Hantar 50 pekerja ke klinik bermakna 50 hari kerja yang terbuang. Dengan perkhidmatan on-site, pemeriksaan datang kepada pekerja — bukan pekerja yang pergi kepada pemeriksaan.

Masalah yang sering dihadapi syarikat tanpa perkhidmatan on-site:

  • Pekerja terpaksa keluar dari tapak - hilang produktiviti

  • Kenderaan korporat digunakan untuk hantar pekerja ke klinik

  • Jadual kerja terganggu terutama untuk operasi syif

  • Kos tambahan untuk pengangkutan dan elaun pekerja

  • Keputusan datang lewat — kelewatan dalam pengeluaran pas atau permit

  • Susah nak pantau siapa yang sudah buat, siapa yang belum

Dengan perkhidmatan OHD on-site Klinik Medcare:

✔ Tiada gangguan kepada jadual kerja syarikat
✔ Semua pekerja diperiksa dalam satu hari di lokasi yang sama
✔ Laporan dan sijil dikeluarkan secara berpusat kepada HR/SHO
✔ Penjimatan kos pengangkutan dan masa pekerja
✔ Mudah untuk audit pematuhan DOSH

an abstract photo of a curved building with a blue sky in the background

Love the dr here, explanation clear. Very helpful banyak dgr pandangan & dgr our issue as patient. Staff pun very friendly 🤗

Aisyah Zainul

makes me keep coming here because I like hearing explanations from doctors, good detail jugak, recomended.

Ridzuan Alias

★★★★★
★★★★★

Adakah Syarikat Anda Wajib Jalankan Pemeriksaan Pekerjaan?

Ramai majikan tidak sedar bahawa pemeriksaan kesihatan pekerjaan bukan pilihan — ia adalah tanggungjawab undang-undang yang ditetapkan di bawah beberapa perundangan Malaysia.

📋 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 — Pindaan 2022

Seksyen 15 AKKP 1994 mewajibkan majikan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja semasa bekerja. Di bawah Pindaan 2022, had penalti telah dinaikkan kepada RM500,000 denda atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya bagi kegagalan mematuhi.

⚗️ Peraturan USECHH 2000 — Pengawasan Perubatan Bahan Kimia

Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Piawaian Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 mewajibkan majikan menjalankan pengawasan perubatan (medical surveillance) ke atas semua pekerja yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya di tempat kerja.

Pengawasan perubatan ini mesti dijalankan oleh OHD berdaftar DOSH.

Antara industri yang tertakluk: kilang kimia, industri cat dan pelarut, loji pembuatan, industri pembersihan industri, sektor farmaseutikal, dan lain-lain.

👂 Peraturan Pendedahan Bunyi Bising Pekerjaan 2019

Majikan yang premisnya mempunyai tahap bunyi melebihi 85dB wajib:

  • Menjalankan Noise Risk Assessment (NRA)

  • Melaksanakan Hearing Conservation Programme (HCP)

  • Menjalankan audiometri (ujian pendengaran) secara berkala oleh OHD bertauliah

Industri yang terjejas: kilang pembuatan, tapak pembinaan, industri berat, loji janakuasa.

🏗️ Peraturan BOWEC 1986 — Tapak Pembinaan

Pekerja tapak pembinaan termasuk SSS, scaffold operator dan crane operator tertakluk kepada keperluan pemeriksaan kecergasan oleh OHD sebelum dibernarkan bertugas.

⚠️ Akibat Tidak Patuh:

Selain denda dan pendakwaan DOSH, kegagalan menjalankan pengawasan perubatan boleh menyebabkan:

  • Tuntutan pampasan pekerja (SOCSO/PERKESO) yang lebih besar

  • Liabiliti sivil jika berlaku kemalangan atau penyakit pekerjaan

  • Rekod audit yang lemah semasa pemeriksaan DOSH

  • Kehilangan kontrak dengan syarikat utama yang mensyaratkan pematuhan OSH

Apa Yang Kami Bawa Ke Premis Anda?

Pasukan on-site Klinik Medcare dilengkapi dengan peralatan perubatan mudah alih yang membolehkan kami menjalankan hampir semua ujian yang diperlukan terus di lokasi syarikat anda.

🔬 Ujian Yang Boleh Dijalankan On-Site:

✔ Pemeriksaan fizikal menyeluruh oleh OHD bertauliah
✔ Pengukuran tanda vital (tekanan darah, nadi, BMI, suhu)
✔ Audiometri mudah alih (ujian pendengaran)
✔ Spirometri mudah alih (ujian fungsi paru-paru)
✔ ECG mudah alih (ujian jantung)
✔ Ujian penglihatan dan buta warna
✔ Ujian dadah urin (5-panel & 10-panel) — keputusan dalam 15 minit

✔ Pengambilan sampel darah (dihantar ke makmal, keputusan 1–2 hari)
✔ Pengambilan sampel urin untuk FEME

🩻 Ujian Yang Masih Perlu Di Klinik:

  • X-Ray dada — mesin X-Ray tidak mudah alih; pekerja yang memerlukan X-Ray perlu datang ke klinik secara berasingan atau dijadualkan dalam satu kumpulan kecil

Pakej Perkhidmatan On-Site Yang Kami Tawarkan

📦 Pakej A — Pemeriksaan Pra-Perkhidmatan & Tahunan (Pre-Employment / Annual)

Sesuai untuk: Semua sektor industri, pejabat korporat, kilang pembuatan

Kandungan:
✔ Pemeriksaan fizikal oleh OHD
✔ Tanda vital (BP, nadi, BMI)
✔ Ujian urin asas
✔ Laporan perubatan untuk majikan
✔ Sijil kesihatan pekerja

Pilihan tambah-on: Ujian darah asas, ujian dadah, ujian penglihatan

📦 Pakej B — Pengawasan Perubatan USECHH (Medical Surveillance)

Sesuai untuk: Kilang kimia, industri cat & pelarut, loji pembuatan, farmaseutikal, industri yang menggunakan bahan kimia berbahaya

Kandungan:
✔ Pemeriksaan fizikal menyeluruh oleh OHD
✔ Ujian darah spesifik mengikut bahan kimia terdedah (fungsi hati, buah pinggang, darah lengkap)
✔ Ujian urin (termasuk penanda pendedahan kimia jika berkaitan)
✔ Penilaian simptom penyakit pekerjaan
✔ Laporan pengawasan perubatan rasmi (format DOSH)
✔ Rekod dalam Employee Health Record Book

Berdasarkan laporan CHRA syarikat anda. Hubungi kami untuk semakan.

📦 Pakej C — Hearing Conservation Programme (HCP) — Ujian Audiometri

Sesuai untuk: Kilang, tapak pembinaan, industri berat, loji janakuasa, sektor dengan bunyi melebihi 85dB

Kandungan:
✔ Audiometri saringan (screening audiometry) untuk semua pekerja terdedah
✔ Audiometri diagnostik (jika ada pekerja yang menunjukkan perubahan ambang)
✔ Audiogram individu untuk setiap pekerja
✔ Laporan HCP rasmi untuk arkib majikan
✔ Cadangan tindakan kawalan oleh OHD
✔ Pematuhan kepada Peraturan Pendedahan Bunyi Bising Pekerjaan 2019

📦 Pakej D — Ujian Dadah Berkumpulan (Group Drug Test)

Sesuai untuk: Semua industri berisiko tinggi, syarikat yang mempunyai dasar bebas dadah, syarikat yang mensyaratkan ujian spot-check pekerja

Kandungan:
✔ Ujian dadah urin 5-panel atau 10-panel
✔ Keputusan rapid test dalam 15 minit
✔ Laporan rasmi bertandatangan OHD
✔ Sampel positif boleh dikonfirmasi semula melalui makmal
✔ Boleh dijalankan secara tiba-tiba (unannounced) atas permintaan majikan

📦 Pakej E — Pemeriksaan Khas Tapak (RAPID / PETRONAS / Ruang Terkurung / SHO / SSS / Scaffold / Crane)

Sesuai untuk: Kontraktor RAPID Pengerang, PETRONAS, tapak pembinaan besar, industri minyak & gas

Kandungan:
✔ Pemeriksaan fizikal oleh OHD
✔ Panel ujian mengikut keperluan tapak (RAPID, PETRONAS, OGUK)
✔ Ujian dadah wajib
✔ Audiometri, spirometri, ECG (mengikut keperluan)
✔ Ujian penglihatan & buta warna
✔ Sijil fit-to-work rasmi OHD diiktiraf tapak

Nota: Untuk OGUK dan Seafarer, X-Ray dada dan beberapa ujian lain masih perlu dijalankan di klinik.

📦 Pakej F — Pakej Penilaian Psikosial On-Site (PRisMA)

Sesuai untuk: HR, syarikat yang ingin mematuhi keperluan psikosial DOSH, organisasi yang prihatin tentang kesejahteraan mental pekerja

Kandungan:
✔ Sesi taklimat pengenalan psikosial untuk pekerja (1–2 jam)
✔ Pentadbiran borang penilaian risiko psikosial PRisMA
✔ Analisis data oleh OHD
✔ Laporan penilaian risiko psikosial syarikat
✔ Cadangan pelan tindakan kawalan
✔ Boleh digabungkan dengan pemeriksaan OHD berkala

Boleh dituntut di bawah HRD Corp SBL-Khas.

Siapa Yang Paling Memerlukan Perkhidmatan On-Site Ini?

🏭 Kilang & Pembuatan
Pendedahan kepada bahan kimia, habuk dan bunyi bising - USECHH 2000 dan Peraturan Bunyi Bising 2019 mewajibkan pengawasan perubatan berkala.

⛽ Minyak & Gas
Kontraktor PETRONAS, RAPID Pengerang dan PIPC - pemeriksaan berkala wajib untuk semua pekerja tapak. Perkhidmatan on-site menjimatkan masa yang kritikal sebelum mula kerja.

🏗️ Pembinaan
Tapak projek besar dengan ramai pekerja - SHO, SSS, scaffold operator, crane operator, pekerja ruang terkurung semuanya perlu sijil OHD.

🚢 Pelabuhan & Maritim
Anak kapal dan pekerja pelabuhan yang memerlukan pemeriksaan perubatan berkala di bawah MLC 2006 dan keperluan Jabatan Laut Malaysia.

🔧 Utiliti & Tenaga
Pekerja loji janakuasa, TNB, pengendali sistem bekalan air - terdedah kepada bunyi, bahan kimia dan kerja di persekitaran berisiko.

🏢 Korporat & Pejabat
Pemeriksaan kesihatan tahunan untuk semua peringkat pekerja - sebahagian daripada pakej faedah pekerjaan dan pematuhan undang-undang am.

🚧 Pengangkutan & Logistik
Pemandu lori berat, operator forklift - penilaian kecergasan penglihatan, jantung dan neurologi untuk keselamatan operasi.

Proses Pengesahan Perkhidmatan On-Site - 5 Langkah Mudah

Langkah 1. Hubungi & Konsultasi Awal
WhatsApp atau telefon kami. Beritahu jenis industri, bilangan pekerja, jenis pemeriksaan yang diperlukan dan tarikh yang dikehendaki. Kami akan cadangkan pakej yang paling sesuai.

Langkah 2. Sebut Harga & Perancangan
Kami keluarkan sebut harga rasmi dalam 24 jam. Setelah dipersetujui, kami akan bantu HR/SHO syarikat anda menyediakan jadual pemeriksaan mengikut syif atau jabatan.

Langkah 3. Persediaan Di Pihak Syarikat
Syarikat perlu menyediakan ruang yang sesuai — bilik, dewan atau kawasan lapang yang boleh dijadikan stesen pemeriksaan sementara. Kami akan berikan senarai semak keperluan ruang dan peralatan sokongan.

Langkah 4. Hari Pemeriksaan
Pasukan kami tiba awal untuk set-up. Dr. Asyraf dan juruteknik perubatan akan menjalankan pemeriksaan mengikut jadual. Pekerja dipanggil secara giliran — proses berjalan lancar dan sistematik.

Langkah 5. Laporan & Sijil
Laporan ringkas dikeluarkan pada hari yang sama untuk rekod HR. Laporan lengkap dan sijil OHD rasmi dihantar dalam 2–3 hari bekerja selepas keputusan makmal diterima.

Apa Yang Syarikat Perlu Sediakan?

Kami bawa peralatan. Syarikat hanya perlu sediakan perkara berikut:

Ruang Pemeriksaan:
✔ Minimum satu bilik atau kawasan bertutup yang sesuai untuk pemeriksaan peribadi
✔ Meja dan kerusi yang mencukupi untuk stesen pemeriksaan
✔ Pencahayaan yang baik
✔ Akses kepada tandas untuk pengambilan sampel urin
✔ Bekalan elektrik (untuk ECG, audiometri, spirometri)

Senarai Pekerja:
✔ Senarai nama, no. MyKad dan jawatan pekerja yang akan diperiksa
✔ Maklumat syif atau jabatan untuk penjadualkan giliran
✔ Borang kebenaran majikan (kami sediakan templat)

Persediaan Pekerja:
✔ Maklumkan pekerja tentang keperluan berpuasa (jika ujian darah berpuasa diperlukan)
✔ Pastikan pekerja membawa MyKad
✔ Pastikan pekerja tidak terdedah kepada bunyi kuat 14 jam sebelum ujian audiometri

Bilangan Minimum:
Perkhidmatan on-site paling ekonomik untuk 10 pekerja dan ke atas. Untuk kurang daripada 10 pekerja, kami cadangkan datang terus ke klinik.

FAQ - Perkhidmatan OHD On-Site

Berapakah kos perkhidmatan on-site berbanding datang ke klinik?
Kos per pekerja mungkin sedikit lebih tinggi untuk on-site disebabkan kos mobilisasi dan set-up. Walau bagaimanapun, apabila dikira keseluruhan kos termasuk pengangkutan, masa pekerja dan gangguan operasi, perkhidmatan on-site biasanya lebih jimat untuk kumpulan 20 pekerja dan ke atas. Hubungi kami untuk perbandingan sebut harga.

Berapa jauh kawasan liputan perkhidmatan on-site?
Kami merangkumi seluruh Johor termasuk Pasir Gudang, Pengerang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar dan kawasan sekitar. Untuk lokasi di luar Johor, hubungi kami untuk perbincangan.

Bolehkah kami buat pemeriksaan untuk pekerja syif malam?
Ya. Kami boleh susun jadual mengikut keperluan operasi syarikat termasuk pemeriksaan pada waktu malam atau awal pagi. Beritahu kami keperluan syif semasa konsultasi awal.

Sijil OHD yang dikeluarkan on-site - adakah sama tarafnya dengan sijil klinik?
Ya, sepenuhnya. Sijil yang dikeluarkan oleh Dr. Asyraf sebagai OHD berdaftar DOSH adalah sama taraf sama ada dikeluarkan di klinik atau selepas pemeriksaan on-site. Ia diiktiraf oleh DOSH, PETRONAS, RAPID dan badan-badan industri berkaitan.

Kami ada pekerja yang memerlukan X-Ray. Bagaimana?
Pekerja yang memerlukan X-Ray boleh kami jadualkan slot khas di Klinik Medcare Kota Masai berasingan, atau kami boleh susun untuk mereka datang dalam kumpulan kecil pada hari yang berbeza. Kami akan koordinasi penuh dengan HR syarikat anda.

Bolehkah kami minta pemeriksaan tiba-tiba (unannounced) untuk ujian dadah?
Ya. Untuk ujian dadah spot-check atau unannounced, syarikat boleh menghubungi kami terus tanpa memberitahu pekerja lebih awal. Kami akan tiba dengan kit ujian dadah dan menjalankan ujian mengikut prosedur yang betul dengan keputusan dalam 15 minit.

Kami syarikat kecil dengan 20 pekerja. Adakah berbaloi untuk on-site?
Ya, masih berbaloi terutama jika jenis pemeriksaan melibatkan pelbagai ujian dan logistik penghantaran pekerja menjadi isu. Hubungi kami dan kami bantu tentukan sama ada on-site atau datang ke klinik lebih sesuai untuk situasi anda.

Adakah laporan yang dikeluarkan memenuhi format DOSH untuk audit?
Ya. Semua laporan pengawasan perubatan kami mengikut format dan keperluan yang ditetapkan oleh DOSH, termasuk untuk keperluan USECHH 2000, Peraturan Bunyi Bising 2019 dan lain-lain perundangan berkaitan.

Kenali Dr Asyraf dari Klinik Medcare!

Dr. Asyraf merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan(MD) dari Universiti Malaysia Sabah(UMS). Selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan House Officer(HO) dan setrusnya berkhidmat sebagai Medical Officer(MO) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan pelbagai masalah di dalam Jabatan Kecemasan.

Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai doktor dapat mengenali dan diagnosis pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan. Dr Asyraf berminat dalam bidang sukan dan mengamalkan Perubatan Sukan dalam rawatan sakit sendi dan pemulihan fungsi. Doktor Asyraf mengetuai Klinik Medcare pada tahun 2023.

Pada 2025, Dr Asyraf berjaya menjalani program Perubatan Estetik dari program Malaysian Esthetic Certification (MAC) dan Doktor Kesihatan Pekerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(DOSH)pada tahun 2026. Kini Dr Asyraf menguruskan isu kesihatan lelaki, estetic dan regeneratif.

Hubungi kami

operation.medcare@gmail.com

+6011-10749404

© 2026. All rights reserved.

Waktu Operasi :
9AM - 10PM setiap hari
Media Social