
Setiap Langkah, Tanpa Sakit Lutut
Di Klinik Medcare, kami komited membantu anda kembali menjalani kehidupan tanpa dibelenggu kesakitan.

Mengapa Ada Rawatan Sakit Lutut Tidak Memberikan Hasil Yang Berkekalan?
Ramai pesakit tertanya-tanya mengapa sakit lutut mereka masih berulang walaupun sudah mendapatkan pelbagai jenis rawatan.
Hakikatnya, sakit lutut bukan sekadar masalah kesakitan. Setiap pesakit mempunyai punca, jenis kecederaan dan tahap kerosakan yang berbeza. Oleh itu, rawatan yang berkesan perlu disesuaikan mengikut keadaan setiap individu.
Malangnya, ramai pesakit hanya menerima rawatan yang memberi fokus kepada kawalan simptom, sedangkan pemulihan fungsi sendi dan kesihatan lutut secara menyeluruh juga penting.
Di Klinik Medcare, kami percaya setiap pesakit berhak mendapat penilaian yang menyeluruh sebelum rawatan dicadangkan. Matlamat kami adalah membantu anda mendapatkan rawatan yang bersesuaian berdasarkan keadaan lutut anda, berpandukan bukti saintifik terkini, teknologi perubatan moden dan pelan rawatan yang diperibadikan.
Kami beriltizam membantu lebih ramai rakyat Malaysia kembali bergerak dengan lebih selesa, lebih yakin dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.


Kembali Melangkah Dengan Yakin.

Love the dr here, explanation clear. Very helpful banyak dgr pandangan & dgr our issue as patient. Staff pun very friendly 🤗
Aisyah Zainul
makes me keep coming here because I like hearing explanations from doctors, good detail jugak, recomended.
Ridzuan Alias
★★★★★
★★★★★

Sakit lutut bukan hanya menyebabkan rasa tidak selesa. Ia boleh menjadi penderitaan yang berpanjangan dan sedikit demi sedikit menjejaskan kualiti hidup.
Antaranya:
Solat dengan selesa, terutama ketika duduk antara dua sujud.
Naik dan turun tangga tanpa rasa sakit.
Berjalan jauh bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bercuti dan menikmati setiap detik tanpa dibayangi kesakitan.
Lama-kelamaan, sakit lutut bukan sahaja mengehadkan pergerakan, malah boleh menjejaskan kebebasan dan keyakinan diri.
Baca Panduan Lengkap Sakit Lutut: Semua Yang Anda Patut Tahu


Sakit Lutut Bukan Sekadar Ketidakselesaan





Kenapa Saya Sakit Lutut?
Sakit lutut boleh berpunca daripada pelbagai keadaan. Antara punca utamanya ialah proses penuaan, kecederaan, keradangan, jangkitan dan penyakit autoimun. Setiap punca mempunyai simptom, tahap kerosakan dan kaedah rawatan yang berbeza. Oleh itu, mengenal pasti punca sebenar adalah langkah pertama untuk mendapatkan rawatan yang tepat.
Antara punca sakit lutut yang paling kerap ditemui ialah:
Osteoartritis (Osteoarthritis) – Haus dan kerosakan pada tulang rawan sendi.
Kecederaan Ligamen & Meniskus – Lazim berlaku akibat terjatuh, bersukan atau kemalangan.
Tendonitis – Keradangan pada tendon akibat penggunaan berlebihan.
Bursitis / Pes Anserine Bursitis – Keradangan pada kantung bendalir (bursa) di sekitar lutut.
Artritis Reumatoid & Gout – Keradangan sendi akibat penyakit autoimun atau pengumpulan kristal asid urik.
Air Dalam Lutut (Knee Effusion) – Pengumpulan cecair dalam sendi lutut yang menyebabkan bengkak dan kesakitan.
Diagnosis yang tepat adalah kunci kepada rawatan yang berkesan. Jangan anggap semua sakit lutut adalah sama.



“Kalau dah mula suntik gel lutut , kena suntik setiap tahun sampai bila-bila.”
Tidak benar. Suntikan hyaluronic acid (HA) tidak semestinya perlu diulang setiap tahun. Kajian menunjukkan kesannya boleh bertahan 8 bulan hingga 2 tahun, malah ada pesakit yang tidak memerlukan ulangan sekiranya simptom terkawal. Itu mengapa penting untuk membuat rawatan pemulihan lutut yang lain juga untuk merawat semula kerosakan yang ada disamping gel yang melindungi : Chondroprotective. (Glinkowski et al., 2025)
“Sakit lutut ni hanya berlaku pada orang tua.”
Kajian The New England Journal of Medicine menyatakan osteoarthritis boleh bermula lebih awal di usia muda akibat kecederaan sukan, Ligament tear, faktor genetik dan faktor obesiti, bukan semata-mata kerana umur. (Katz JN et al., 2021, NEJM)
"Kalau sakit lutut mesti kena bedah"
Kajian meta-analysis tahun 2022 menunjukkan bahawa rawatan teknologi canggih seperti rawatan pemulihan sel dan lain terbukti menambah baik fungsi sendi & mengurangkan sakit lutut secara signifikan untuk jangka masa yang panjang tanpa memerlukan pembedahan ( Issa MR et al., 2022)


Mitos & Fakta Sakit Lutut





Bebaskan Diri Daripada Sakit Lutut. Mulakan Di Sini.
Merawat sakit lutut haruslah objektifnya memulihkan & merawat punca sebenar.
Bukan hanya memberi atau suntik ubat “tahan sakit”.
Setiap pesakit itu berbeza. Pendekatan rawatan kami berpaksikan individu, berbeza dari satu pesakit ke pesakit yang lain dan bergantung pada kerosakan yang dapat dilihat dalam ultrasound/xray. Antara pilihan/ model rawatan adalah :
Pemeriksaan Detailed Ultrasound
Melihat ketebalan pelapik lutut, tisu lutut yang koyak, jumlah air radang, osteophyte
Suntikan Anti Radang
Mengurangkan kadar keradangan dalam lutut
Suntikan Gel Lutut Hyaluronic Acid
Tambah kusyen , padding dan pelincir dalam lutut dengan Gel Lutut double-cross linked HA , antara gel lutut paling "high-end' dipasaran
Rawatan Knee Aspiration
Rawatan Buang air radang (knee effusion) dalam lutut
Suntikan Lutut Plasma Platelet
Salah satu rawatan pemulih, menggunakan plasma sendiri
Suntikan Lutut Sel Perawat
Sel pemulih untuk mengaktifkan penyembuhan didalam lutut
Adjunct & Physiotherapy
Rawatan sokongan yang lain






Rawatan pemulihan yang kami tawarkan menggunakan teknologi perubatan moden yang kini digunakan di banyak pusat ortopedik dan hospital di seluruh dunia. Pendekatan ini turut disokong oleh pelbagai kajian saintifik yang terus berkembang dalam bidang perubatan regeneratif.
Di Klinik Medcare, kami percaya rawatan sakit lutut tidak seharusnya hanya tertumpu kepada melegakan kesakitan untuk sementara waktu.
Harvard Reference : Jee C. (2021). Cell-based cartilage technology. Research Outreach, 127. Available at: https://researchoutreach.org/articles/cell-based-cartilagetechnology/