Sunat Khatan Di Klinik Medcare. Selamat, Selesa & Dalam Tangan Doktor Yang Berpengalaman

Servis Sunat Khatan

Klinik Medcare menyediakan perkhidmatan sunat khatan untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa menggunakan kaedah moden. Prosedur dijalankan oleh doktor terlatih dengan anestesia setempat untuk memastikan keselesaan pesakit. Persekitaran klinik yang bersih, kelengkapan perubatan yang standard dan penjagaan selepas prosedur yang teliti adalah keutamaan kami.

Sunat| Anestesia Setempat | Doktor Berpengalaman

Sunat Khatan ialah Amalan Agama, Budaya & Kesihatan Di Malaysia

Sunat khatan adalah prosedur penyingkiran kulup (prepuce) zakar lelaki yang telah diamalkan selama ribuan tahun oleh masyarakat Islam, Yahudi dan pelbagai budaya di seluruh dunia. Di Malaysia, sunat adalah kewajipan agama bagi lelaki Muslim dan amalan budaya yang kukuh dalam masyarakat Melayu.

Dari Sudut Agama:
Dalam Islam, sunat (khitan) adalah antara sunnah fitrah yang dituntut ke atas setiap lelaki Muslim. Ia adalah tanda keIslaman dan sebahagian daripada kebersihan (taharah) yang ditekankan dalam syariat Islam.

Dari Sudut Perubatan:
Kajian saintifik terkini menunjukkan pelbagai manfaat kesihatan sunat lelaki:

✔ Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) — terutamanya pada bayi lelaki
✔ Mengurangkan risiko jangkitan kulup (phimosis dan balanitis)
✔ Mengurangkan risiko penyakit kelamin seperti human papillomavirus (HPV), penyakit ulser alat kelamin, dan jangkitan human immunodeficiency virus (HIV)
✔ Mengurangkan risiko kanser zakar
✔ Memudahkan kebersihan harian
✔ Mengurangkan risiko jangkitan bagi pasangan wanita (HPV, bakteria vaginosis)

an abstract photo of a curved building with a blue sky in the background

Love the dr here, explanation clear. Very helpful banyak dgr pandangan & dgr our issue as patient. Staff pun very friendly 🤗

Aisyah Zainul

makes me keep coming here because I like hearing explanations from doctors, good detail jugak, recomended.

Ridzuan Alias

★★★★★
★★★★★

Kaedah Sunat Yang Tersedia Di Klinik Medcare

Terdapat beberapa kaedah sunat yang digunakan di klinik swasta Malaysia pada masa kini. Setiap kaedah mempunyai kelebihan tersendiri dan sesuai untuk peringkat umur yang berbeza. Doktor akan berbincang dengan anda atau ibu bapa untuk menentukan kaedah yang paling sesuai.

⚡ Kaedah 1 : Konvensional / Laser (Electrocautery)

Kauteri menghasilkan haba pada hujung alat yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan sekaligus menghentikan darah semasa proses pemotongan. Ini menjadikan proses khatan lebih cepat dan lebih bersih kerana kurang risiko pendarahan. Selepas kulit dipotong, baki kulit dijahit biasanya pada 4 sisi utama agar luka tidak terus berdarah dan memberikan hasil yang kemas.

Tempoh prosedur: 20–30 minit
Jahitan: Ya — menggunakan benang yang boleh diserap sendiri
Penyembuhan: 1–2 minggu
Sesuai untuk: Semua peringkat umur, termasuk dewasa

Kelebihan:
✔ Kawalan pendarahan yang baik melalui kauteri
✔ Doktor boleh menyesuaikan dengan lebih tepat mengikut anatomi individu
✔ Sesuai untuk kes yang mempunyai sedikit kelainan anatomi
✔ Pengalaman dan kemahiran doktor mempengaruhi hasil kosmetik

Perkara yang perlu diketahui:

  • Memerlukan jahitan, pesakit perlu lebih berhati-hati semasa penjagaan luka

  • Benang jahitan bagi kaedah konvensional akan diserap oleh tubuh secara semula jadi, tiada perlu cabut benang

🔵 Kaedah 2 : Klamp (Smart Klamp / Tara Klamp)

Kaedah klamp menggunakan alat yang diletakkan di sekeliling zakar dan kulit lebihan yang berada di luar klamp akan dipotong menggunakan kauteri atau pisau. Kaedah klamp tidak memerlukan jahitan langsung dan hasil kosmetik klamp adalah lebih cantik jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.

Kaedah klamp mula digunakan sekitar tahun 1930-an dengan Gomco clamp dan Plastibell, menjadi semakin popular pada 1950-an, dan mula bertapak di Malaysia sekitar tahun 1990-an dengan Tara Klamp dan Smart Klamp.

Tempoh prosedur: 10–15 minit
Jahitan: Tidak diperlukan
Penyembuhan: 5–7 hari selepas cabut klamp
Susulan: Perlu datang balik selepas 5–7 hari untuk cabut klamp
Sesuai untuk: Kanak-kanak 5–12 tahun (saiz klamp terhad)

Kelebihan:
✔ Tiada jahitan — penjagaan luka lebih mudah
✔ Prosedur lebih cepat
✔ Hasil kosmetik klamp adalah lebih cantik jika dibandingkan dengan kaedah konvensional
✔ Kurang pendarahan semasa prosedur

Perkara yang perlu diketahui:

  • Saiz yang terhad , Smart Klamp biasanya untuk kanak-kanak 5–12 tahun. Untuk saiz yang terlalu kecil atau besar, mungkin perlu pesanan khas untuk saiz klamp yang sesuai

  • Perlu kunjungan susulan untuk cabut klamp

  • Hanya boleh digunakan untuk kes normal , lekatan atau adhesion dan kelainan anatomi tidak boleh menggunakan kaedah ini

🟣 Kaedah 3 : Plastibell (Untuk Bayi)

Teknik yang biasa digunakan untuk khatan bayi adalah Teknik Dorsal Slit dan juga Plastibell. Plastibell adalah kaedah yang amat popular digunakan pada bayi lelaki kerana ianya tidak memerlukan jahitan pada kulit, luka lebih kemas, kurang risiko pendarahan dan kurang sakit.

Plastibell menggunakan alat berbentuk seperti cincin bersama dengan satu 'handle' di hujungnya. Alat ini akan diletakkan di antara lebihan kulit dan zakar, diikat pada cincin dan akhirnya 'handle' tersebut dipatahkan, meninggalkan hanya struktur cincin pada zakar bayi. Kebiasaannya cincin plastik tersebut akan gugur dengan sendirinya dalam masa 5–10 hari.

Tempoh prosedur: 10–15 minit
Jahitan: Tidak diperlukan
Penyembuhan: Cincin gugur sendiri dalam 5–10 hari
Sesuai untuk: Bayi baru lahir hingga 3 bulan (paling sesuai), boleh digunakan hingga 2 tahun

Kelebihan:
✔ Kaedah paling sesuai untuk bayi, prosedur ringkas
✔ Tiada jahitan
✔ Kurang pendarahan, bayi kurang rasa sakit
✔ Cincin gugur sendiri — tiada perlu kunjungan cabut alat

Perkara yang perlu diketahui:

  • Ibu bapa perlu pantau cincin plastik setiap hari

  • Hubungi klinik jika cincin tidak gugur selepas 10 hari atau terdapat tanda jangkitan

🔴 Kaedah 4 : Stapler / ZSR (Untuk Dewasa & Remaja)

Kaedah Stapler merupakan kaedah yang paling moden dalam berkhatan. Ia mula diperkenalkan sekitar tahun 2010-an dengan Langhe CircCurer dan ZSR Stapler.

ZSR Sunat adalah kaedah berkhatan di mana alat khas digunakan untuk menghentikan aliran darah pada kulup sebelum dipotong. Proses ZSR tidak begitu lama seperti kaedah tradisional, justeru ia tidak akan mengalami kehilangan darah sebanyak kaedah tradisional.

Tempoh prosedur: 5–10 minit
Jahitan: Tidak diperlukan , stapler menggantikan fungsi jahitan
Penyembuhan: 1–2 minggu
Sesuai untuk: Remaja dan dewasa

Kelebihan:
✔ Prosedur paling cepat , sesuai untuk dewasa yang sibuk
✔ Tiada jahitan konvensional
✔ Kawalan pendarahan yang sangat baik
✔ Hasil kosmetik yang kemas dan simetri
✔ Pemulihan lebih cepat berbanding konvensional

Perkara yang perlu diketahui:

  • Peluru stapler akan luruh sendiri dalam beberapa hari selepas prosedur

  • Kos lebih tinggi berbanding kaedah lain

  • Sesuai untuk kes tanpa komplikasi anatomi

Proses Sunat Di Klinik Medcare. Langkah Demi Langkah

Langkah 1 : Konsultasi & Penilaian

Doktor akan melakukan penilaian ringkas termasuk:

  • Semakan sejarah kesihatan (penyakit kronik, ubat-ubatan, alahan)

  • Pemeriksaan fizikal untuk menentukan kaedah yang sesuai

  • Perbincangan tentang pilihan kaedah dan jangkaan pesakit/ibu bapa

  • Penerangan tentang prosedur, risiko dan penjagaan selepas sunat

Langkah 2 : Anestesia Setempat

Anestesia setempat diberikan untuk memastikan pesakit tidak merasakan kesakitan semasa prosedur.

Untuk bayi:
Krim anestesia (EMLA) disapu 45–60 minit sebelum prosedur untuk melegakan saraf pada kulit. Suntikan anestesia setempat dos kecil mungkin diberikan juga.

Untuk kanak-kanak & dewasa:
Suntikan anestesia setempat (lignocaine) disuntik ke kawasan pangkal zakar (penile block atau ring block). Pesakit akan merasakan cubitan kecil semasa suntikan — selepas itu, kawasan berkenaan akan kebas sepenuhnya dan prosedur boleh diteruskan tanpa kesakitan.

Nota penting: Anestesia setempat TIDAK menghilangkan kesedaran. Pesakit kekal sedar sepenuhnya tetapi tidak merasakan kesakitan di kawasan yang dikebas.

Langkah 3 : Prosedur Sunat

Prosedur dijalankan dalam keadaan steril sepenuhnya. Bergantung kepada kaedah yang dipilih, prosedur mengambil masa 5–30 minit. Pesakit berbaring dengan selesa sepanjang prosedur.

Langkah 4 : Pembalutan & Arahan

Selepas prosedur selesai, kawasan dibalut dengan kemas. Pesakit atau ibu bapa akan diberikan:

  • Arahan penjagaan luka yang terperinci

  • Ubat-ubatan (antibiotik, penahan sakit, krim antiseptik)

  • Nombor telefon untuk dihubungi jika ada masalah

  • Jadual kunjungan susulan jika diperlukan

Penjagaan Selepas Sunat. Panduan Lengkap

Penjagaan yang betul selepas sunat adalah sama pentingnya dengan prosedur itu sendiri. Penjagaan yang baik mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan risiko komplikasi.

🛁 Kebersihan Luka

  • Bersihkan kawasan luka dengan air bersih dan sabun lembut sekali sehari

  • Sapukan krim antiseptik atau krim yang dipreskripsi doktor selepas membersihkan

  • Keringkan kawasan dengan lembut menggunakan tisu bersih , jangan gosok

  • Tukar pembalut mengikut arahan doktor

Untuk bayi:

  • Bersihkan setiap kali tukar lampin

  • Gunakan lampin yang longgar untuk mengelakkan tekanan pada kawasan luka

  • Sapukan vaseline atau krim yang disediakan untuk mengelakkan pembalut melekat

👕 Pakaian

  • Pakai seluar dalam yang longgar dan selesa, elakkan seluar dalam ketat yang boleh menekan kawasan luka

  • Pakai seluar longgar (track suit, sarung) untuk mengelakkan geseran

  • Elakkan jeans atau seluar ketat sekurang-kurangnya 1–2 minggu

💊 Ubat-Ubatan

  • Ambil antibiotik yang dipreskripsi doktor mengikut jadual , habiskan kos penuh walaupun luka kelihatan baik

  • Ambil penahan sakit (paracetamol atau ibuprofen) jika rasa tidak selesa

  • Sapukan krim topikal mengikut arahan

🏃 Aktiviti & Rehat

Minggu Pertama:

  • Berehat di rumah - elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan

  • Elakkan berjalan jauh atau berdiri lama

  • Kanak-kanak tidak perlu ke sekolah selama 3–5 hari

Minggu Kedua:

  • Boleh kembali ke aktiviti harian ringan secara beransur-ansur

  • Masih perlu elakkan aktiviti sukan dan berlari

Dewasa - Aktiviti Seksual:
Bagi individu dewasa yang baru bersunat, dilarang melakukan sebarang aktiviti seksual sekurang-kurangnya selama 4 minggu hingga 6 minggu selepas bersunat. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan kuman pada kawasan luka.

🚿 Mandi

  • Mandi biasa boleh dilakukan selepas 24–48 jam bergantung kepada arahan doktor

  • Elakkan berendam dalam baldi air, kolam renang atau laut sehingga luka sembuh sepenuhnya

  • Selepas mandi, keringkan kawasan luka dengan teliti sebelum membalut semula

Tanda-Tanda Yang Memerlukan Anda Hubungi Klinik

Hubungi Klinik Medcare atau pergi ke kecemasan hospital jika anda atau anak anda mengalami mana-mana daripada berikut:

🔴 Segera - Pergi Kecemasan Hospital:

  • Pendarahan yang tidak berhenti walaupun setelah 15 minit tekanan langsung

  • Warna kebiruan atau kehitaman pada kepala zakar (glans)

  • Bengkak yang sangat teruk dan menyebabkan kesukaran membuang air kecil

  • Demam melebihi 38.5°C yang tidak turun dengan ubat

🟠 Hubungi Klinik Dalam Masa 24 Jam:

  • Nanah atau cecair kuning/hijau keluar dari luka

  • Bau busuk dari kawasan luka

  • Kemerahan yang semakin merebak ke kawasan sekeliling

  • Luka terbuka semula atau jahitan tertanggal

  • Pesakit tidak boleh membuang air kecil dalam tempoh 8–12 jam selepas prosedur

  • Klamp atau plastibell tidak gugur selepas 10 hari

🟡 Normal & Tidak Perlu Risau:

  • Sedikit pendarahan pada pembalut dalam 24 jam pertama

  • Bengkak ringan hingga sederhana dalam minggu pertama

  • Kebiruan ringan (bruising) pada kawasan sekeliling

  • Kanak-kanak menangis — ini adalah tindak balas normal kepada prosedur

  • Sedikit kekuningan pada kawasan penyembuhan (ini adalah proses normal penyembuhan)

FAQ - Sunat Khatan Di Klinik Medcare

Berapa umur terbaik untuk bersunat?
Tidak ada jawapan mutlak - setiap peringkat umur ada kelebihan tersendiri. Ramai pakar perubatan mencadangkan sunat awal (bayi atau kanak-kanak kecil) kerana pemulihan lebih cepat dan risiko lebih rendah. Walau bagaimanapun, sunat boleh dilakukan pada mana-mana peringkat umur dengan selamat.

Adakah prosedur ini sakit?
Semasa prosedur - tidak. Anestesia setempat yang diberikan memastikan kawasan berkenaan kebas sepenuhnya. Pesakit mungkin merasakan sedikit tekanan atau pergerakan tetapi tiada kesakitan yang tajam. Selepas anestesia tamat, pesakit mungkin merasakan sakit ringan yang boleh dikawal dengan ubat penahan sakit biasa.

Berapa lama prosedur mengambil masa?
Bergantung kepada kaedah: Stapler/ZSR (5–10 minit), Klamp/Plastibell (10–15 minit), Konvensional (20–30 minit). Ini tidak termasuk masa persediaan dan penerangan sebelum prosedur.

Perlukah temujanji atau boleh walk-in?
Temujanji sangat digalakkan untuk memastikan slot yang sesuai tersedia dan doktor boleh menyediakan keperluan yang betul. Walk-in mungkin boleh dilayan bergantung kepada keadaan klinik pada hari tersebut.

Berapa lama anak saya perlu cuti sekolah?
Lazimnya 3–5 hari bergantung kepada kaedah dan tindak balas pemulihan individu. Kebanyakan kanak-kanak boleh kembali ke sekolah pada hari ke-5 atau ke-7 jika tiada komplikasi.

Adakah sunat untuk bayi perempuan tersedia di Klinik Medcare?
Sunat bayi perempuan (khitan) telah dilakukan oleh masyarakat Muslim sejak dahulu. Mengikut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-86 tahun 2009, hukum berkhatan bagi perempuan adalah wajib mengikut Mazhab Syafie. Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut tentang ketersediaan perkhidmatan ini di cawangan kami.

Bolehkah sunat dilakukan semasa anak sedang demam atau sakit?
Tidak. Prosedur akan ditangguhkan sehingga anak benar-benar sihat. Sistem imun yang lemah meningkatkan risiko jangkitan selepas prosedur. Pastikan anak benar-benar sihat sekurang-kurangnya 1–2 minggu sebelum prosedur.

Apa yang perlu dibawa semasa datang ke klinik?
MyKad atau MyKid (untuk kanak-kanak), rekod perubatan jika ada penyakit kronik, dan senarai ubat-ubatan yang sedang diambil. Ibu bapa perlu hadir untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun.

Kalau anak saya autism boleh buat sunat di klinik?
Kebanyakkan kes perlu dilakukan semasa ditidurkan. Ikut jika anak boleh berkerjasama semasa prosedur atau tidak.

Kenali Dr Asyraf dari Klinik Medcare!

Dr. Asyraf merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan(MD) dari Universiti Malaysia Sabah(UMS). Selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan House Officer(HO) dan setrusnya berkhidmat sebagai Medical Officer(MO) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan pelbagai masalah di dalam Jabatan Kecemasan.

Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai doktor dapat mengenali dan diagnosis pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan. Dr Asyraf berminat dalam bidang sukan dan mengamalkan Perubatan Sukan dalam rawatan sakit sendi dan pemulihan fungsi. Doktor Asyraf mengetuai Klinik Medcare pada tahun 2023.

Pada 2025, Dr Asyraf berjaya menjalani program Perubatan Estetik dari program Malaysian Esthetic Certification (MAC) dan Doktor Kesihatan Pekerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(DOSH)pada tahun 2026. Kini Dr Asyraf menguruskan isu kesihatan lelaki, estetik dan regeneratif.

Hubungi kami

operation.medcare@gmail.com

+6011-10749404

© 2026. All rights reserved.

Waktu Operasi :
9AM - 10PM setiap hari
Media Social