Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI | Klinik Medcare

Anda Penerima STR? Dapatkan Rawatan PERCUMA Di Klinik Medcare

Skim Perubatan MADANI memberi manfaat rawatan sakit-sakit ringan secara percuma di klinik-klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah skim ini. Klinik Medcare adalah klinik panel berdaftar — anda boleh datang terus dengan MyKad sahaja. Tiada bayaran. Tiada pendaftaran tambahan. Terus rawatan.

Semak status kelyakkan anda.

PERCUMA Untuk Yang Layak | Bawa MyKad Sahaja | 9AM–10PM Setiap Hari

Skim Perubatan MADANI — Rawatan Klinik Swasta Percuma Untuk Golongan B40

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut.

Sebelum ini, ramai rakyat B40 terpaksa beratur panjang di klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan penyakit ringan. Dengan Skim Perubatan MADANI, mereka kini boleh datang terus ke klinik swasta berdaftar, termasuk Klinik Medcare. Dapatkan rawatan yang sama secara percuma, tanpa perlu menunggu lama.

Sehingga kini, sebanyak 3 juta lawatan bagi rawatan penyakit ringan telah diadakan dan berjaya memberi manfaat kepada 1.5 juta isi rumah, atau 1.8 juta individu sepanjang pelaksanaan skim ini.

Semak status kelayakan anda.

an abstract photo of a curved building with a blue sky in the background

Love the dr here, explanation clear. Very helpful banyak dgr pandangan & dgr our issue as patient. Staff pun very friendly 🤗

Aisyah Zainul

makes me keep coming here because I like hearing explanations from doctors, good detail jugak, recomended.

Ridzuan Alias

★★★★★
★★★★★

Adakah Anda Layak? Semak 3 Kategori Ini

Kelayakan adalah secara automatik. Tiada pendaftaran diperlukan. Anda hanya perlu memenuhi salah satu kategori berikut:

👨‍👩‍👧‍👦 Kategori 1 - Isi Rumah Berkeluarga

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkeluarga beserta tanggungan yang berdaftar. Ini merangkumi pasangan dan anak-anak yang tersenarai dalam rekod STR anda.

Had manfaat tahunan: RM250

👴 Kategori 2 - Warga Emas Tanpa Pasangan

Individu berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai pasangan dan berdaftar sebagai penerima STR.

Had manfaat tahunan: RM125

🧑 Kategori 3 - Bujang

Individu bujang berumur antara 21 hingga 59 tahun, termasuk individu bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur antara 19 hingga 59 tahun, yang berdaftar sebagai penerima STR.

Had manfaat tahunan: RM75.

Tidak Layak Jika:
✗ Bukan penerima STR
✗ Sudah menerima manfaat rawatan serupa dari skim kerajaan lain
✗ Tidak membawa kad pengenalan semasa ke klinik

Semak status kelayakan anda.

Rawatan Yang Anda Boleh Dapatkan PERCUMA Di Klinik Medcare

Pakej rawatan Skim Perubatan MADANI termasuk konsultasi dan sebilangan ubat-ubatan, prosedur rawatan, dan ujian yang boleh diberikan di klinik swasta.

✅ Rawatan Yang DILIPUTI:

🤧 Saluran Pernafasan & Jangkitan Am

  • Demam (fever)

  • Selsema dan batuk

  • Sakit tekak (pharyngitis)

  • Jangkitan saluran pernafasan atas (URTI)

🤢 Sistem Gastrousus

  • Cirit-birit (diarrhoea)

  • Muntah-muntah (vomiting)

  • Loya dan sakit perut akut

🤕 Trauma & Kecederaan Ringan

  • Luka kecil dan calar (laceration ringan)

  • Terseliuh dan ketegangan otot ringan

  • Lebam dan bengkak kecil

🤯 Simptom Umum

  • Sakit kepala akut

  • Pening (dizziness) akut

  • Sakit badan akut

  • Kegatalan kulit dan ruam ringan

Rawatan Yang TIDAK DILIPUTI:

Rawatan yang tidak termasuk adalah imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan penyakit tidak berjangkit (NCD) rutin, rawatan susulan ibu dan anak rutin, perancangan keluarga rutin, perkhidmatan rehabilitasi, permintaan ubat tanpa konsultasi doktor, dan permintaan suplemen.

Untuk rawatan yang tidak diliputi skim ini, anda masih boleh mendapatkan rawatan di Klinik Medcare dengan kadar bayaran biasa klinik swasta.

Semak status kelayakan anda.

4 Langkah Mudah Untuk Dapatkan Rawatan Percuma Di Klinik Medcare

Langkah 1 - Semak Kelayakan

Semak kelayakan anda melalui laman web ProtectHealth, aplikasi MySejahtera atau aplikasi Skim Perubatan MADANI. Pastikan anda adalah penerima STR yang aktif dan baki manfaat anda masih ada.

Tip: Simpan screenshot keputusan kelayakan untuk rujukan cepat di klinik.

Langkah 2 - Datang Ke Klinik Medcare

Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ke klinik berdaftar untuk mendapatkan rawatan percuma.

Bawa bersama:
✔ MyKad (wajib)
✔ MyKid (untuk tanggungan kanak-kanak)
✔ Nombor telefon yang didaftarkan semasa permohonan STR

Klinik Medcare boleh dikenali dengan pelekat Skim Perubatan MADANI di pintu masuk.

Langkah 3 - Pengisytiharan & Pengesahan

Staf klinik akan mengesahkan kelayakan anda secara automatik melalui sistem PRIMIS ProtectHealth. Anda akan diminta membuat pengisytiharan ringkas bahawa anda tidak menerima manfaat serupa dari skim lain. Proses ini mengambil masa kurang dari 2 minit.

Langkah 4 - Terima Rawatan & Ubat

Doktor akan memeriksa anda dan memberikan rawatan, preskripsi ubat dan prosedur yang diperlukan. Selepas rawatan selesai, baki manfaat anda akan ditolak secara automatik dan anda akan menerima SMS pengesahan dengan baki terkini.

Tiada bayaran. Tiada resit. Tiada kerumitan.

Kenapa Penerima MADANI Memilih Klinik Medcare?

Sebagai klinik swasta panel berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI, kami faham bahawa kepercayaan komuniti adalah tanggungjawab yang perlu dijaga dengan serius. Inilah yang kami tawarkan kepada penerima MADANI:

👨‍⚕️ Doktor Yang Prihatin
Setiap pesakit — sama ada membayar penuh atau menggunakan skim MADANI — menerima perhatian dan penjagaan yang sama. Tiada kelas dua di Klinik Medcare.

⏱️ Masa Menunggu Yang Singkat
Berbanding klinik kerajaan yang mungkin memerlukan anda menunggu berjam-jam, Klinik Medcare menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat dan sistematik. Dengan temujanji, masa menunggu lebih pendek.

🏥 Kemudahan Lengkap In-House
Ujian asas, X-Ray, pemeriksaan darah dan ubat-ubatan tersedia di klinik — anda tidak perlu ke tempat lain untuk melengkapkan rawatan.

🕙 Waktu Operasi Panjang
Buka setiap hari dari 9AM hingga 10PM termasuk hujung minggu dan cuti umum. Sesuai untuk mereka yang bekerja dan tidak dapat datang pada waktu biasa.

📍 Lokasi Strategik
Klinik Medcare terdapat 4 cawangan di Johor terletak di kawasan yang mudah diakses oleh komuniti di sekitar Johor Bahru, Kota Masai, Pasir Gudang dan kawasan berhampiran.

❤️ Komitmen Kepada Komuniti
Skim Perubatan MADANI bertujuan meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan sakit-sakit ringan melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership). Klinik Medcare dengan bangga menjadi sebahagian daripada usaha nasional ini untuk memastikan golongan B40 mendapat akses kesihatan yang layak mereka terima.

FAQ - Skim Perubatan MADANI Di Klinik Medcare

Perlukah saya mendaftar terlebih dahulu sebelum datang ke klinik?
Tiada proses daftar online diperlukan kerana skim ini adalah automatik bagi penerima STR yang layak. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ke klinik berdaftar untuk mendapatkan rawatan percuma.

Bagaimana saya tahu jika Klinik Medcare adalah klinik panel MADANI?
Klinik Medcare mempunyai pelekat rasmi Skim Perubatan MADANI di pintu masuk. Anda juga boleh mengesahkan melalui carian klinik di laman ProtectHealth atau MySejahtera sebelum datang.

Bolehkah tanggungan saya (anak, pasangan) juga dapatkan rawatan percuma?
Penerima yang layak boleh menerima rawatan bersama tanggungan yang berdaftar bagi kategori isi rumah berkeluarga. Pastikan tanggungan tersebut didaftarkan dalam rekod STR anda. Bawa MyKad atau MyKid mereka semasa ke klinik.

Berapa kali saya boleh datang untuk rawatan dalam setahun?
Anda boleh mendapatkan lebih dari satu rawatan sebulan selagi baki manfaat belum habis. Bilangan lawatan bergantung kepada kos setiap rawatan dan baki manfaat tahunan anda.

Bagaimana cara semak baki manfaat yang tinggal?
Tiga cara: melalui aplikasi Skim Perubatan MADANI, melalui SMS yang dihantar selepas setiap rawatan, atau tanya terus staf klinik semasa lawatan. Anda juga boleh hubungi ProtectHealth di +603-8687 2525.

Rawatan saya memerlukan ujian darah. Adakah ditanggung?
Pakej rawatan Skim Perubatan MADANI termasuk konsultasi, sebilangan ubat-ubatan, prosedur rawatan dan ujian yang boleh diberikan di klinik swasta, tertakluk kepada had manfaat lawatan. Doktor akan menentukan keperluan ujian semasa konsultasi.

Kos rawatan saya melebihi had manfaat. Apa yang berlaku?
Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI dalam had yang ditetapkan. Jika kos melebihi baki manfaat yang tinggal, anda hanya perlu membayar lebihan sahaja, bukan keseluruhan kos rawatan.

Saya penerima STR tetapi juga ada panel insurans majikan. Boleh guna MADANI?
Boleh. Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain. Jika anda sudah mempunyai panel insurans majikan yang menanggung rawatan yang sama, anda perlu menggunakan panel majikan tersebut dan tidak boleh menggunakan MADANI untuk rawatan yang sama.

Adakah rawatan susulan penyakit kronik saya (diabetes, darah tinggi) diliputi?
Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin tidak termasuk dalam skim ini. Ini bermakna susulan rutin diabetes, hipertensi, kolesterol dan penyakit kronik lain tidak diliputi. Walau bagaimanapun, jika anda datang dengan simptom akut yang berkaitan , contohnya tekanan darah sangat tinggi secara mengejut , doktor akan menilai sama ada ia termasuk dalam kategori rawatan akut yang layak.

Skim ini ada tarikh tamat?
Program ini dilanjutkan bagi tahun 2026. Semak laman rasmi ProtectHealth atau MySejahtera untuk maklumat terkini tentang tempoh skim ini.

Kenali Dr Asyraf dari Klinik Medcare!

Dr. Asyraf merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan(MD) dari Universiti Malaysia Sabah(UMS). Selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan House Officer(HO) dan setrusnya berkhidmat sebagai Medical Officer(MO) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan pelbagai masalah di dalam Jabatan Kecemasan.

Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai doktor dapat mengenali dan diagnosis pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan. Dr Asyraf berminat dalam bidang sukan dan mengamalkan Perubatan Sukan dalam rawatan sakit sendi dan pemulihan fungsi. Doktor Asyraf mengetuai Klinik Medcare pada tahun 2023.

Pada 2025, Dr Asyraf berjaya menjalani program Perubatan Estetik dari program Malaysian Esthetic Certification (MAC) dan Doktor Kesihatan Pekerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(DOSH)pada tahun 2026. Kini Dr Asyraf menguruskan isu kesihatan lelaki, estetik dan regeneratif.

Hubungi kami

operation.medcare@gmail.com

+6011-10749404

© 2026. All rights reserved.

Waktu Operasi :
9AM - 10PM setiap hari
Media Social