
Tepat, Pantas & Konfidensial

Ujian Makmal & Swab Di Klinik Medcare
Klinik Medcare menyediakan perkhidmatan ujian makmal dan swab yang komprehensif seperti darah, urin, swab tekak, swab hidung, ujian denggi, HIV, STI dan banyak lagi. Ujian diproses di makmal in-house dan makmal bertauliah dan keputusan disampaikan dengan pantas dan laporan rasmi dikeluarkan oleh doktor.
Makmal In-House | Keputusan 15 Minitโ2 Hari | Konfidensial | 9AMโ10PM Setiap Hari

Ujian Makmal. Mata Doktor Untuk Melihat Apa Yang Tersembunyi
Gejala penyakit seperti demam, keletihan, sakit perut atau sakit kepala boleh berpunca daripada puluhan keadaan berbeza. Pemeriksaan fizikal sahaja sering tidak mencukupi untuk membezakannya. Ujian makmal adalah alat yang membolehkan doktor mendapat jawapan yang tepat , bukan sekadar tekaan klinikal.
Tiga tujuan utama ujian makmal:
๐ Diagnosis : mengesahkan atau menolak penyakit yang disyaki berdasarkan gejala. Demam dengan ruam mungkin denggi, campak atau jangkitan virus lain dimana ujian darah memberikan jawapan definitif.
๐ Pemantauan : memantau perkembangan penyakit kronik atau tindak balas terhadap rawatan. Pesakit diabetes perlu pantau HbA1c secara berkala. Pesakit darah tinggi perlu pantau fungsi buah pinggang.
๐ก๏ธ Saringan : mengesan penyakit sebelum gejala muncul. Banyak penyakit serius seperti kanser, HIV, hepatitis, diabetes tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal. Saringan awal menyelamatkan nyawa.



Love the dr here, explanation clear. Very helpful banyak dgr pandangan & dgr our issue as patient. Staff pun very friendly ๐ค
Aisyah Zainul
makes me keep coming here because I like hearing explanations from doctors, good detail jugak, recomended.
Ridzuan Alias
โ โ โ โ โ
โ โ โ โ โ





Ujian Darah (Blood Test) Senarai Lengkap
Sampel darah diambil melalui suntikan ven di lengan , proses mengambil masa kurang dari 2 minit. Sampel diproses di makmal in-house atau makmal bertauliah yang bersambung dengan klinik kami.
๐ฉธ Ujian Darah Am (Rutin)
Full Blood Count (FBC) / Complete Blood Count (CBC)
Ujian asas yang paling kerap diminta memberikan gambaran keseluruhan tentang sel-sel darah anda.
Yang diukur:
Sel darah merah (RBC) & Hemoglobin - mengesan anemia
Sel darah putih (WBC) & Pembahagian (Differential) - mengesan jangkitan, keradangan, leukemia
Platelet - mengesan masalah pembekuan darah
Hematokrit & MCV - menentukan jenis anemia
Keputusan: 1โ2 jam (makmal in-house) atau 1 hari bekerja
Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR)
Ujian keradangan - mengukur kelajuan sel darah merah mendap. ESR yang tinggi menunjukkan keradangan aktif dalam badan - berguna untuk memantau penyakit autoimun, inflamasi kronik dan jangkitan teruk.
C-Reactive Protein (CRP)
Petanda keradangan yang lebih sensitif dan spesifik berbanding ESR. CRP meningkat dengan cepat semasa jangkitan bakteria akut. Berguna untuk membezakan jangkitan bakteria (CRP tinggi) daripada jangkitan virus (CRP rendah hingga sederhana).
๐ฌ Ujian Gula Darah & Diabetes
Gula Darah Berpuasa (Fasting Blood Sugar / FBS)
Mengukur paras glukosa dalam darah selepas berpuasa 8 jam. Ujian paling asas untuk mengesan diabetes dan pra-diabetes.
Nilai rujukan:
Normal: < 5.6 mmol/L
Pra-diabetes: 5.6โ6.9 mmol/L
Diabetes: โฅ 7.0 mmol/L
Gula Darah Rawak (Random Blood Sugar / RBS)
Boleh dilakukan tanpa berpuasa - berguna untuk saringan awal atau semasa gejala akut.
HbA1c (Glycated Haemoglobin)
Mengukur purata paras gula darah dalam tempoh 2โ3 bulan lepas. Ujian terbaik untuk memantau kawalan diabetes jangka panjang - lebih tepat berbanding ujian gula darah satu masa.
Nilai rujukan:
Normal: < 5.7%
Pra-diabetes: 5.7โ6.4%
Diabetes terkawal baik: < 7.0%
Diabetes tidak terkawal: > 8.0%
๐ Ujian Fungsi Hati (Liver Function Test / LFT)
Menilai kesihatan hati melalui ukuran pelbagai enzim dan protein yang dihasilkan oleh hati.
Yang diukur:
ALT (Alanine Aminotransferase) - petanda kerosakan sel hati yang paling spesifik
AST (Aspartate Aminotransferase) -kerosakan hati dan otot
ALP (Alkaline Phosphatase) - masalah pundi hempedu dan tulang
GGT (Gamma-Glutamyltransferase) - petanda sensiti penyakit hati, alkohol
Total Protein & Albumin - fungsi sintesis hati
Total & Direct Bilirubin - penyakit kuning (jaundice)
Berguna untuk: Hepatitis, sirosis, kesan ubat-ubatan pada hati, pengambilan alkohol berlebihan, penyakit pundi hempedu.
๐ซ Ujian Fungsi Buah Pinggang (Renal Function Test / RFT)
Menilai kemampuan buah pinggang untuk menapis sisa metabolisme dari darah.
Yang diukur:
Creatinine - petanda utama fungsi penapisan buah pinggang
Urea / BUN (Blood Urea Nitrogen) - sisa metabolisme protein
eGFR (Estimated Glomerular Filtration Rate) - kadar penapisan sebenar buah pinggang
Elektrolit: Sodium, Potassium, Chloride, Bicarbonate
keseimbangan cecair dan mineral
Berguna untuk: Pemantauan kencing manis dan darah tinggi (dua punca utama kegagalan buah pinggang), pesakit yang mengambil ubat nefrotoksik (NSAID, antibiotik tertentu), pendedahan logam berat dalam pekerjaan.
โค๏ธ Profil Lipid (Fasting Lipid Profile)
Mengukur lemak dalam darah untuk menilai risiko penyakit kardiovaskular - serangan jantung dan strok.
Yang diukur:
Total Kolesterol - jumlah keseluruhan kolesterol
LDL Kolesterol - "kolesterol jahat" - tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung
HDL Kolesterol - "kolesterol baik" - tinggi melindungi jantung
Trigliserida - lemak dalam darah berkaitan diet dan alkohol
Nisbah LDL/HDL & Kolesterol/HDL - pengiraan risiko kardiovaskular
Perlu berpuasa 9โ12 jam untuk keputusan yang tepat.
๐ฆด Ujian Lain-Lain
Asid Urik (Serum Uric Acid)
Mengesan gout dan hyperuricemia. Berguna untuk pesakit dengan sakit sendi akut atau yang berisiko gout.
Thyroid Function Test (TSH, Free T3, Free T4)
Menilai fungsi kelenjar tiroid. Simptom tidak spesifik seperti keletihan, kenaikan berat, kemurungan, degupan jantung laju atau kesejukan melampau boleh berpunca dari masalah tiroid.
Asid Folik & Vitamin B12
Mengesan kekurangan vitamin penting - punca anemia megaloblastik dan masalah neurologi. Penting untuk wanita hamil atau yang merancang hamil.
Vitamin D (25-OH Vitamin D)
Kekurangan Vitamin D adalah sangat biasa di Malaysia walaupun negara tropika - berkaitan dengan kelemahan tulang, kemurungan, kekebalan imun yang lemah dan penyakit kronik.
Ferritin & Iron Studies
Menilai simpanan besi dalam badan - mengesan anemia kekurangan besi yang sering berlaku pada wanita usia subur.
Kumpulan Darah & Rhesus (ABO & Rh Typing)
Diperlukan untuk rekod perubatan, kecemasan, kehamilan dan keperluan OHD tertentu.



Ujian STI (Sexually Transmitted Infections) Peribadi & Tanpa Penghakiman
Jangkitan seksual (STI) adalah lebih biasa daripada yang disangka - dan ramai yang dijangkiti tanpa mengetahuinya kerana kebanyakan STI tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal.
Semua ujian STI di Klinik Medcare dijalankan dengan penuh kerahsiaan. Tiada maklumat dibocorkan tanpa kebenaran pesakit.
Jenis Sampel Yang Digunakan:
Bergantung kepada ujian yang diperlukan, sampel mungkin termasuk sampel darah untuk HIV, sifilis, hepatitis B dan C; sampel urin untuk chlamydia dan gonorrhea; atau sampel swab dari tekak, kawasan genital atau rektum.
๐ต Sifilis (Syphilis)
Jangkitan bakteria (Treponema pallidum) yang tersebar melalui hubungan seksual. Sifilis peringkat awal boleh kelihatan seperti luka kecil yang tidak menyakitkan dan sering diabaikan.
VDRL / RPR (Venereal Disease Research Laboratory / Rapid Plasma Reagin)
Ujian saringan - sensitif tetapi boleh memberikan positif palsu. Perlu pengesahan jika positif.
TPPA / TPHA (Treponema Pallidum Particle Agglutination)
Ujian pengesahan spesifik untuk sifilis. Positif seumur hidup selepas jangkitan walaupun selepas rawatan.
๐ข Gonorrhea & Chlamydia
Dua STI yang paling biasa berlaku serentak dan sering tanpa gejala - terutamanya pada wanita.
Swab / Urin untuk Kultur & Sensitiviti (C&S)
Mengesan kehadiran bakteria Neisseria gonorrhoeae (gonorrhea) atau Chlamydia trachomatis dan menentukan antibiotik yang berkesan.
Sampel: Swab urethral (lelaki), swab serviks (wanita) atau urin pagi pertama.
๐ก Herpes Simplex Virus (HSV)
HSV Swab dari Luka Aktif
Jika terdapat luka atau vesikel aktif, swab dari luka boleh mengesahkan jangkitan HSV-1 atau HSV-2.
HSV IgG & IgM (Antibody Test)
Untuk menentukan sama ada anda pernah dijangkiti herpes walaupun tanpa gejala semasa.





Panduan Lengkap Ujian Swab
Swab adalah prosedur pengambilan sampel menggunakan penyerap kecil seperti kapas untuk mengambil sampel dari kawasan tertentu badan seperti tekak, hidung, luka atau kawasan genital.
๐ฎ Swab Tekak (Throat Swab)
Bila diperlukan:
Sakit tekak teruk atau berulang
Tonsilitis yang kerap
Mengesyaki jangkitan Streptococcus
Simptom COVID-19 (kombinasi dengan swab hidung)
Skrining pembawa bakteria untuk pekerja makanan
Prosedur:
Penyekat lidah digunakan untuk menekan lidah. Swab disapu pada kawasan tonsil dan belakang tekak. Mengambil masa kurang dari 10 saat, ia mungkin mencetuskan rasa loya sebentar tetapi tidak menyakitkan.
๐ Swab Hidung / Nasofarinks (Nasal / Nasopharyngeal Swab)
Bila diperlukan:
Ujian COVID-19 RTK-Antigen atau PCR
Mengesyaki influenza
Jangkitan saluran pernafasan atas yang tidak jelas punca
Prosedur:
Swab dimasukkan perlahan-lahan ke dalam salah satu lubang hidung ke arah belakang (nasofarinks) , lebih dalam dari swab hidung biasa. Mungkin menyebabkan rasa tidak selesa dan air mata sekejap tetapi tidak menyakitkan.
๐ฉน Swab Luka (Wound Swab)
Bila diperlukan:
Luka yang tidak sembuh atau menunjukkan tanda jangkitan
Luka dengan nanah atau eksudat
Ulser kaki (terutamanya pesakit diabetes)
Menentukan jenis bakteria dan antibiotik yang sesuai
Prosedur:
Sampel diambil dari bahagian dalam luka (bukan dari permukaan atau kulit sekeliling) untuk memastikan bakteria yang bertanggungjawab terhadap jangkitan dikenal pasti. Sampel dihantar untuk kultur & sensitiviti.
Keputusan: 2โ3 hari bekerja
๐ธ Swab Discaj / High Vaginal Swab (HVS)
Untuk wanita dengan:
Discaj vagina yang luar biasa (berubah warna, berbau, berbuih)
Gatal atau kerengsaan vagina
Mengesyaki jangkitan (bakteria vaginosis, candidiasis, trichomoniasis, gonorrhea, chlamydia)
Prosedur:
Swab diambil dari bahagian dalam vagina (fornix posterior). Prosedur dilakukan oleh doktor atau jururawat wanita. Sampel dihantar untuk pemeriksaan mikroskopik dan kultur.

Pakej Saringan Kesihatan (Health Screening Package)
Untuk kemudahan pesakit yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh, kami menyediakan pakej saringan yang menggabungkan pelbagai ujian dalam satu kunjungan.
๐ฆ Pakej Tembaga (Copper)
Sesuai untuk: Individu muda 20โ35 tahun tanpa faktor risiko
โ Full Blood Count (FBC)
โ Gula Darah & HbA1c
โ Profil Lipid
โ Fungsi Buah Pinggang (RFT)
โ Fungsi Hati (LFT)
โ Asid Urik (Gout)
โ Ujian Urin FEME
โ Pemeriksaan fizikal
๐ฆ Pakej Gangsa (Silver)
Sesuai untuk: Individu 35โ50 tahun atau dengan faktor risiko
โ Semua dalam Pakej Gangsa
โ Thyroid (TSH)
โ Kumpulan Darah
โ HBsAg & Anti-HBs (Hepatitis B)
โUjian Syphilis
โ Faktor Rheumatoid
๐ฆ Pakej Emas (Gold)
Sesuai untuk: Individu 35โ50 tahun atau dengan faktor risiko
โ Semua dalam Pakej Standard
โ Anti-HAV (Hepatitis A)
โ HIV Screening
โ Alpha-fetoprotein ( Kanser)
Klinik Medcare juga menyediakan servis ECG,X-ray dan juga ultrasound



FAQ Ujian Makmal & Swab
Adakah saya perlu berjumpa doktor dahulu sebelum buat ujian makmal?
Ya. Semua ujian makmal perlu dirujuk oleh doktor selepas konsultasi. Ini memastikan ujian yang betul dilakukan mengikut simptom dan keperluan anda untuk mengelakkan ujian yang tidak perlu dan memastikan keputusan ditafsirkan dalam konteks klinikal yang betul.
Bolehkah saya minta ujian darah tertentu tanpa gejala (untuk saringan sahaja)?
Ya. Pemeriksaan kesihatan proaktif adalah amalan yang sangat digalakkan. Beritahu doktor bahawa anda ingin membuat saringan kesihatan dan doktor akan mencadangkan panel ujian yang sesuai mengikut umur, jantina dan faktor risiko anda.
Berapa banyak darah yang diambil semasa ujian darah?
Bergantung kepada bilangan ujian yang diperlukan, biasanya 1โ4 tiub kecil darah diambil. Jumlah keseluruhan kurang dari 20โ30 mL. Ini adalah jumlah yang sangat kecil dan tidak menjejaskan kesihatan anda.
Saya takut jarum. Apa yang boleh dilakukan?
Beritahu staf klinik sebelum pengambilan darah. Kami akan memastikan anda selesa dalam keadaan duduk atau berbaring, minta anda mengalihkan pandangan, dan menggunakan teknik yang paling lembut. Kebanyakan pesakit mendapati prosedur ini tidak sesakit yang mereka bayangkan.
Adakah keputusan ujian saya akan dikongsi dengan majikan atau pihak ketiga?
Tidak. Keputusan makmal adalah maklumat perubatan yang sulit. Ia hanya boleh dikongsi dengan kebenaran bertulis pesakit, atau dalam kes tertentu yang ditetapkan undang-undang. Untuk pemeriksaan OHD, laporan yang dikongsi dengan majikan adalah laporan ringkas kecergasan (fit/unfit) dan bukan keseluruhan keputusan makmal.
Saya positif STI. Apa yang perlu dilakukan?
Jangan panik. Kebanyakan STI boleh dirawat atau diuruskan dengan berkesan. Doktor akan menerangkan pilihan rawatan, keperluan memberitahu pasangan, dan langkah pencegahan. Semua perbincangan adalah sulit sepenuhnya.
Adakah ujian makmal diliputi oleh insurans?
Bergantung kepada polisi insurans anda. Sesetengah polisi insurans menanggung ujian yang diperintahkan oleh doktor untuk diagnosis penyakit. Sila semak dengan syarikat insurans anda. Kami boleh menyediakan resit dan laporan yang diperlukan untuk tuntutan insurans.

Kenali Dr Asyraf dari Klinik Medcare!
Dr. Asyraf merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan(MD) dari Universiti Malaysia Sabah(UMS). Selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan House Officer(HO) dan setrusnya berkhidmat sebagai Medical Officer(MO) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan pelbagai masalah di dalam Jabatan Kecemasan.
Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai doktor dapat mengenali dan diagnosis pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan. Dr Asyraf berminat dalam bidang sukan dan mengamalkan Perubatan Sukan dalam rawatan sakit sendi dan pemulihan fungsi. Doktor Asyraf mengetuai Klinik Medcare pada tahun 2023.
Pada 2025, Dr Asyraf berjaya menjalani program Perubatan Estetik dari program Malaysian Esthetic Certification (MAC) dan Doktor Kesihatan Pekerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(DOSH)pada tahun 2026. Kini Dr Asyraf menguruskan isu kesihatan lelaki, estetik dan regeneratif.

