Tepat, Pantas & Konfidensial

Rawatan IV Drip Di Klinik Medcare

Klinik Medcare menyediakan perkhidmatan IV Drip (Intravenous Drip) yang komprehensif untuk membantu badan pulih dengan lebih cepat - sama ada anda keletihan, kurang tenaga, baru sembuh sakit, ingin tingkatkan imuniti atau sekadar mahu badan rasa segar semula. Rawatan dijalankan oleh doktor dan jururawat bertauliah dalam persekitaran klinikal yang bersih dan selesa.

Diawasi Doktor | Hasil Dirasai Selepas 30–60 Minit | Konfidensial | 9AM–10PM Setiap Hari

IV Drip. Cara Tercepat Untuk Badan Anda Menyerap Apa Yang Diperlukan

Apabila kita makan ubat atau suplemen secara oral, ia perlu melalui sistem penghadaman sebelum diserap ke dalam darah. Proses ini boleh mengambil masa dan sebahagian nutrien hilang semasa penghadaman. IV Drip membekalkan cecair, vitamin, mineral dan nutrien terus ke dalam aliran darah melalui suntikan vena di lengan, membolehkan penyerapan 100% dan kesan yang lebih cepat dirasai.

Tiga sebab utama pesakit memilih IV Drip:

💧 Hidrasi Pantas - menggantikan cecair badan dengan cepat akibat penat bekerja, kurang minum air, selepas bersukan berat atau selepas malam yang panjang (hangover).

⚡ Tenaga & Tenaga Dalaman - membekalkan vitamin B-kompleks dan mineral penting yang membantu metabolisme tenaga badan terutamanya bagi mereka yang sentiasa keletihan, kurang fokus atau bekerja secara intensif.

🛡️ Imuniti & Pemulihan - vitamin C dosej tinggi dan antioksidan membantu sistem imun, mempercepatkan pemulihan selepas demam/selesema dan membantu kulit kelihatan lebih sihat dan bercahaya.

an abstract photo of a curved building with a blue sky in the background

Love the dr here, explanation clear. Very helpful banyak dgr pandangan & dgr our issue as patient. Staff pun very friendly 🤗

Aisyah Zainul

makes me keep coming here because I like hearing explanations from doctors, good detail jugak, recomended.

Ridzuan Alias

★★★★★
★★★★★

Apa Yang Berlaku Semasa Rawatan IV Drip?

Langkah 1 - Konsultasi Doktor
Doktor akan menilai keadaan kesihatan, gejala dan keperluan anda untuk mencadangkan jenis drip yang paling sesuai.

Langkah 2 - Pemasangan Saluran IV
Jururawat akan memasang saluran IV di lengan menggunakan teknik yang lembut dan steril. Proses mengambil masa kurang dari 2 minit.

Langkah 3 - Drip Berjalan
Anda boleh berehat, menggunakan telefon atau tidur sebentar semasa cecair drip berjalan masuk secara perlahan-lahan selama 30–60 minit.

Langkah 4 - Selesai & Pemerhatian
Saluran IV ditanggalkan dan anda akan diperhati sebentar sebelum dibenarkan pulang.

DRIP TENAGA

Kembalikan tenaga. Segarkan badan. Sokong pemulihan.

Drip Tenaga menggunakan gabungan vitamin dan nutrien penting yang diberikan terus ke dalam saluran darah. Kaedah ini membolehkan nutrien diserap dengan cepat tanpa melalui sistem penghadaman.

Siapa yang mungkin sesuai?

✔ Individu yang mudah letih atau kurang bertenaga
✔ Mereka yang sibuk bekerja dan kurang rehat
✔ Individu yang sedang pulih selepas demam atau penyakit ringan*
✔ Mereka yang ingin mendapatkan sokongan nutrisi apabila pengambilan makanan tidak mencukupi

*Bergantung kepada penilaian doktor.

Potensi Manfaat

Menyokong Tahap Tenaga
Vitamin B kompleks membantu proses penghasilan tenaga daripada makanan serta menyokong fungsi metabolisme normal.

🛡️ Menyokong Sistem Imun
Mengandungi vitamin yang membantu menyokong fungsi sistem imun yang normal.

💪 Menyokong Pemulihan Badan
Membantu membekalkan nutrien penting kepada badan ketika memerlukan sokongan tambahan.

🧠 Menyokong Fokus & Kesejahteraan
Vitamin tertentu membantu mengurangkan rasa letih dan lesu serta menyokong fungsi sistem saraf yang normal.

💧 Hidrasi
Cecair intravena membantu menggantikan kehilangan cecair bagi individu yang mengalami dehidrasi ringan, mengikut penilaian doktor.

Kenapa Pilih Drip Tenaga?

  • Penilaian oleh doktor sebelum rawatan

  • Diberikan oleh petugas kesihatan terlatih

  • Prosedur sekitar 30–60 minit

  • Sesuai mengikut keperluan individu selepas pemeriksaan

Penting

Drip Tenaga bukan pengganti pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi atau rawatan bagi penyakit tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung kepada penilaian doktor dan keadaan kesihatan setiap individu.

IV Drip Mesti Dijalankan Di Klinik. Bukan Di Spa Atau Rumah

Vitamin Drip boleh kelihatan seperti "trend wellness" dalam talian, tetapi dalam tetapan klinik ia mesti dirawat sebagai prosedur perubatan. Ini bukan sekadar cadangan , ia adalah keperluan keselamatan yang kritikal.

Mengapa ini penting:

IV drip melibatkan memasukkan sesuatu terus ke dalam sistem vaskular anda. Sebarang kesilapan , sama ada dalam pilihan produk, dos, kadar infusion atau teknik pemasangan kanula boleh membawa kepada komplikasi yang serius.

Risiko IV drip yang dijalankan oleh pihak tidak bertauliah:

  • Jangkitan darah (septicemia) akibat teknik tidak steril

  • Embolisme udara jika gelembung udara masuk ke dalam vena

  • Dos berlebihan vitamin larut air yang boleh menyebabkan toksisiti

  • Reaksi alergi atau anafilaksis yang memerlukan tindak balas perubatan segera

  • Phlebitis (keradangan vena) akibat teknik pemasangan yang salah

  • Produk yang tidak berdaftar, tidak steril atau dipalsukan

Di Klinik Medcare:

✔ Semua IV drip dijalankan dan diselia oleh doktor berdaftar
✔ Produk yang digunakan adalah berdaftar di bawah KKM
✔ Persekitaran steril penuh mengikut piawaian klinikal
✔ Pemantauan tanda vital semasa sesi
✔ Kemudahan kecemasan sedia ada jika diperlukan
✔ Konsultasi perubatan sebelum setiap sesi

Manfaat Drip Tenaga:

✔ Pemulihan tenaga yang pantas, sesuai untuk keletihan kronik dan burnout
✔ Sokongan sistem imun, vitamin B kompleks dan C memperkukuh pertahanan badan
✔ Pencerahan kulit , Vitamin C dan Niacinamide membantu mengurangkan hiperpigmentasi
✔ Sokongan metabolisme, semua vitamin B diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
✔ Pemulihan dari penyakit , mempercepatkan pemulihan selepas demam, jangkitan atau kelemahan
✔ Sokongan kesihatan saraf , B1, B6 dan B12 adalah kritikal untuk fungsi sistem saraf

Ia juga digunakan untuk merawat keadaan seperti kekurangan Thiamine, Beri-Beri, pengambilan diet yang tidak mencukupi, kekurangan akibat ubat, migrain, kekejangan otot, jerawat, sindrom carpal tunnel, luka bakar ringan, kecederaan kulit kecil, gangguan kulit, kekurangan vitamin B3, scurvy dan kekurangan vitamin.

Siapa yang paling sesuai untuk Trovite:

✔ Pekerja pejabat dan industri yang berasa keletihan kronik
✔ Individu yang baru pulih dari penyakit atau pembedahan
✔ Mereka yang mempunyai diet tidak seimbang atau pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi
✔ Individu yang mengambil ubat jangka panjang yang menjejaskan penyerapan vitamin
✔ Mereka yang ingin sokongan tenaga dan imuniti tanpa suplemen oral yang banyak
✔ Individu yang ingin pencerahan kulit secara semula jadi dari dalam

Tempoh sesi: 30–45 minit
Kekerapan yang disyorkan: 1–2 kali sebulan atau mengikut nasihat doktor

FAQ IV Drip

Adakah saya perlu berjumpa doktor dahulu sebelum buat IV Drip?
Ya. Setiap pesakit akan dinilai oleh doktor terlebih dahulu untuk memastikan rawatan yang dipilih selamat dan sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Berapa lama masa diperlukan untuk satu sesi IV Drip?
Bergantung kepada jenis drip, biasanya 30–60 minit. IV Drip mengambil masa lebih kurang 30–45 minit.

Adakah IV Drip menyakitkan?
Hanya rasa cucukan jarum sekejap semasa pemasangan saluran, sama seperti pengambilan darah biasa. Selepas itu, proses drip tidak menyakitkan.

Berapa kerap saya boleh buat IV Drip?
Bergantung kepada jenis dan tujuan rawatan. Doktor akan menasihatkan kekerapan yang sesuai berdasarkan keperluan kesihatan anda, biasanya tidak digalakkan terlalu kerap tanpa nasihat perubatan.

Siapa yang tidak sesuai untuk IV Drip?
Individu dengan masalah jantung atau buah pinggang tertentu, wanita hamil tanpa kebenaran doktor, atau yang mempunyai alahan terhadap kandungan tertentu perlu memberitahu doktor sebelum rawatan.

Adakah keputusan/maklumat rawatan saya sulit?
Ya. Semua maklumat dan rekod rawatan pesakit adalah sulit dan hanya dikongsi dengan kebenaran bertulis pesakit.

Berapa lama kesan IV drip bertahan?
Anda akan mula merasakan kesan positif dengan segera apabila cecair IV memulihkan hidrasi dan elektrolit. Kebanyakan orang pergi dengan perasaan bertenaga dan segar dan menikmati manfaat untuk beberapa lama selepas rawatan. Untuk kesan jangka panjang terutamanya pencerahan kulit, beberapa sesi diperlukan.

Adakah saya perlu berpuasa sebelum sesi IV drip?
Tidak wajib. Walau bagaimanapun, disyorkan untuk tidak makan terlalu kenyang dalam 1–2 jam sebelum sesi untuk mengelakkan loya. Minum air yang cukup sebelum datang, hidrasi yang baik memudahkan pemasangan kanula.

Bolehkah saya buat IV drip semasa hamil?
Ini bergantung kepada jenis drip dan trimester kehamilan. Beberapa formula adalah selamat semasa kehamilan manakala yang lain memerlukan penilaian khas. Maklumkan kepada doktor bahawa anda hamil sebelum sesi dan doktor akan menilai kesesuaian.

Berapa sesi yang diperlukan sebelum nampak keputusan?
Untuk tenaga dan pemulihan, ramai yang merasakan perbezaan selepas sesi pertama. Untuk pencerahan kulit, kesan biasanya ketara selepas 4–6 sesi mingguan. Hasil berbeza mengikut individu, diet dan gaya hidup.

Adakah IV drip selamat untuk dilakukan setiap minggu?
Ya untuk kebanyakan formula apabila diselia oleh doktor. Doktor akan menilai kekerapan yang sesuai berdasarkan keadaan kesihatan, matlamat dan tindak balas badan anda. Lebih kerap tidak semestinya lebih baik, kekerapan optimum adalah kunci.

Bolehkah saya terus memandu selepas sesi?
Ya. IV drip tidak menjejaskan tumpuan atau keupayaan memandu. Malah ramai pesakit merasakan lebih fokus dan bertenaga selepas sesi.

Adakah IV drip menggantikan keperluan untuk makan dengan sihat?
Tidak. IV drip adalah pelengkap kepada gaya hidup sihat, bukan pengganti. Diet yang seimbang, tidur yang mencukupi, senaman yang konsisten dan pengurusan tekanan yang baik kekal sebagai asas kesihatan yang tidak boleh digantikan.

Kenali Dr Asyraf dari Klinik Medcare!

Dr. Asyraf merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan(MD) dari Universiti Malaysia Sabah(UMS). Selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan House Officer(HO) dan setrusnya berkhidmat sebagai Medical Officer(MO) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan pelbagai masalah di dalam Jabatan Kecemasan.

Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai doktor dapat mengenali dan diagnosis pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan. Dr Asyraf berminat dalam bidang sukan dan mengamalkan Perubatan Sukan dalam rawatan sakit sendi dan pemulihan fungsi. Doktor Asyraf mengetuai Klinik Medcare pada tahun 2023.

Pada 2025, Dr Asyraf berjaya menjalani program Perubatan Estetik dari program Malaysian Esthetic Certification (MAC) dan Doktor Kesihatan Pekerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(DOSH)pada tahun 2026. Kini Dr Asyraf menguruskan isu kesihatan lelaki, estetik dan regeneratif.

Hubungi kami

operation.medcare@gmail.com

+6011-10749404

© 2026. All rights reserved.

Waktu Operasi :
9AM - 10PM setiap hari
Media Social